Ani Nadila

| Rants On Malaysia’s IT & Multimedia

Soap Opera

Page ini sengaja aku buat untuk lahirkan sesuatu yang aku rasa lebih istimewa.. Bukankah hidup ini umpama ’soap opera’.

(amaran: page ini tiada kena mengena dengan sesiapa atau apa2)

SATU

Ada suka ada duka. Ada gelak ada tangis. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini tangisan dalam hati banyak menemani aku, menyembunyikan perasaan sebenar aku daripada orang ramai. Ada orang kata aku tak punya hati, ‘kering’, dingin. Tetapi dalam kedinginan itu.. aku masih punya cinta.

Seperti biasa aku mencoretkan rasa hati aku pada sekeping kertas putih. Bila aku menulis adalah antara aku dan hati aku. Kertas seakan menjadi saksi kepada kegembiraan, kesedihan, gelak tawa dan tangisan aku. Tidak pandai meluahkan bukan bererti aku gagal. Tidak meluahkan bagi aku adalah kerana perasaan itu hanya milik aku seorang.. tidak ingin dikongsikan.

“Kau buat apa tu,” tegur Ema yang sudah sedari tadi memerhatikan aku.

Entah sejak bila dia tercegat di depan. Dengan rambut paras baru, pemerah bibir dikenakan nipis, dia memuncungkan bibir ke arah kertas yang aku conteng. Orangnya sering acuh tak acuh, tetapi aku senang dengannya. Dari tadi dia hanya bergelak ketawa dengan beberapa rakan sepejabat aku yang lain. Aku malas untuk turut serta, nanti keluar lawak-lawak yang aku tak kuasa melayan. Mentang-mentanglah sudah hampir waktu rehat. Semua rakan sepejabat aku ‘naik tocang’.

Tetapi aku sendiri pun sudah tidak sabar menunggu waktu rehat kerana perut berkeroncong minta diisi. Hari ini makan nasi goreng di Kopitiam pun sedap juga. Di balas pula dengan air sirap selasih, sejuk dan menyegarkan. Aku senyum sendiri membayangkan makan tengahari hari itu yang sudah aku rancangkan.

“Cepatlah sikit. Tadi kata dah lapar sangat,” teriak Hani yang dah jauh meninggalkan aku danĀ  Ema. Sejurus selepas jam menunjukkan pukul 1, mencicit dia keluar ke tempat letak kereta membawa bag tangan yang dibelinya Sabtu lalu di Petaling Street.

“Kau pergi dulu, buka aircond kuat-kuat,” balas Ema sambil menarik tangan meminta aku segerakan langkah agar tidak tertingal jauh dari Hani. Kedua-dua mereka ini memang gopoh kalau bab makan, mengalahkan orang tak makan setahun lagaknya.

Tidak sampai 10 minit Hani memandu Honda Swift merah jambu yang amat disayanginya itu kami tiba di Kopitiam. Tempat makan tengahari yang biasa aku dan mereka kunjungi. Tempatnya tidak panas dan tidak ramai orang. Pesanan makanan pun cepat sampai. Sempatlah umtuk kami habiskan makan dan pulang semula ke pajabat sebelum jam dua.

“Kau masih ingat kat dia?” Tiba-tiba Ema bersuara membuatkan Hani terpinga-pinga dan aku tidak tahu sahaja meskipun aku tahu dia sedang maksudkan diri aku.

“Sudahlah Akila, budak tu kau kawan zaman sekolah. Zaman tu apa yang kau rasa bukan semestinya cinta. Monyet saja,” usiknya cuba menimbulkan kelucuan.

“Siapa ni, Am ke? Aku nak sangat tengok budak ni.