Edit foto secara online

Cakap pasal foto ni, memang semua orang teruja. Almaklumlah harga kamera digital pun dah murah tapi yang print gambar setelah dirakam sebanyak ratusan ribu keping tu tak pulak ramai ?? he he termasuklah aku..

Cara terbaik untuk aku enjoy gambar2 yang aku tangkap dan print yang ‘terpilih’ sahaja adalah setelah aku sunting dan tambah sket efek, sesuailah untuk orang amatur cam aku ni. Nak godek photoshop tak reti sgt lah katakan. Ini ada beberapa website yg selalu aku gunakan untuk edit gambar. Simple and stunning!

My Theme Online

Waktu mula aku jumpa website ni, memang agak taksub lah aku edit gambar. Ada macam-macam efek yang boleh dicuba seperti Polaroid, fire, lightning, 3D cube dan banyak lagilah. Nak resize gambar, cropping, buang jerawat dan jeragat dll semua boleh dibuat dalam beberapa langkah mudah. My fav’ adalah text tool sebab aku suka tambah teks pada gambar dan font yang ditawarkan juga boleh tahan.

Photofunia

Memang fun edit gambar kat Photofunia. Boleh masukkan muka pada billboard, frame di muzium, tatu pada badan orang dan banyak lagi yang boleh ‘memerasankan’ diri sendiri. Mudah sangat nak buat, cuma klik butang Browse untuk pilih gambar yang dimuat-naik dan tunggu ia diproses secara automatik. Download gambar yg tlh siap untuk simpan or print. Setakat ni print saiz 4R xde masalah, 8R.. hmm x sure.

MagMyPic

Ha yang ni pun lebih kurang sama mcm Photofunia tapi kali ini glamerkan muka pada kulit majalah. Jangan tanya kulit majalah apa sebab ada yang aku tak pernah dengar pun. Tapi jika korang ada gambar yang bersesuaian, memang nampak macam real.

Picasa 3

Ini bukan editing tool yang boleh digunakan secara online tapi selalu jugak aku guna pada masa2 tidak connect dgn Internet. Download software secara percuma dan install pada PC. Nak buat collage senang sgt.

Ok, itu sahaja for now. Use the net to the fullest! Peace!

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

1 Response

  1. SyaZz says:

    Dah dicuba. tnx!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *