5 Benda Penting Perlu Anda Lakukan Dalam Dunia Online Sebelum Buat Perkara Lain

Dalam banyak-banyak perkara yang anda patut lakukan di talian, ada lima yang patut anda lakukan dahulu sebelum lakukan yang lain.

“Orang yang bijak melakukan kesilapan yang baru bukan kesilapan yang dilakukan berulang atau hasil kesilapan orang lain” – aninadila

Tempah nama

Nama anda adalah identiti pertama anda di dunia talian. Seriously, adakah anda fikir abangganteng26, adikmanja13, akucool87 sebagai contoh-contoh nama yang mempunyai nilai komersil (no offense you guys)? Anda patut tempah awal nama anda di wordpress, facebook, twitter, blogspot, linkedn, atau mana-mana jua laman sosial sebelum terlambat atau sebelum orang lain mencuri identiti anda. Gunakan nama sendiri. Percayalah anda tidak akan menyesal.

Be known or be out

Anda patut fikir adakah anda ingin kekal dikenali, atau sekadar ‘ada tapi tak wujud’. Jika anda ingin dikenali di dunia talian, maka perkenalkan diri. Tinggalkan contact, hebahkan diri, jual diri (dalam terms perkenalkan kebolehan) dan biarkan orang ramai kenal anda. Ramai yang membuat kesilapan ingin dikenali tetapi takut diperkenal. Banyak cara untuk memastikan keselamatan. Tindakan meninggalkan alamat penuh dan no telefon utama adalah tindakan yang kurang bijak. Pernah dengar email? Gunakan.

Password bijak

Kata laluan memang dibuat untuk susahkan anda. Terimalah hakikat ini. Kerana ia menyusahkan, maka buat sesuatu untuk mengurangkan rasa susah tersebut. Pilih satu kata laluan yang kukuh, menggunakan campuran abjad dan nombor dan sesuatu yang boleh diingat. Elak menggunakan gabungan nama dan tarikh lahir anda. Come on be creative, jangan terlalu cliche!

Explore

Online adalah dunia luas. Penuh dengan maklumat dan ilmu. Perkara anda patut buat adalah explore. Teroka apa yang anda inginkan dan bukan tersekat dengan kebiasaan.

Menjadi kreatif

Apabila berada di dunia talian, anda perlu menjadi kreatif. Jangan guna cara-cara lama menikmati hiburan, lakukan kerja atau mencari maklumat. Pernah dengar Google Handwrite- pencarian internet dengan conteng-conteng di tablet? Atau buat invois, dokumen, powerpoint tanpa terikat dengan perisian. Ini contoh sahaja. Semua itu ada di talian. Jika mahu beradalah di talian!

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

1 Response

  1. Suzanna says:

    I don’t even understand how I finished up here, however I believed this submit was great. I do not know who you might be but certainly you’re going to a famous blogger.
    Cheers!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *