Video Ini Mengajar Hasilkan Kufi Art Menggunakan Excel

Kufi Art menjadi minat kak gajet kebelakangan ini. Minat ini bermula bila akak tengok sticker Kufi pada cermin kereta orang depan (kereta apa ntah), time jalan tengah sesak nak ke KL. Kemudian terjumpa pula frame surah-surah lazim dalam bentuk seni kufi yang sangat cantik, serta tshirt kufi yang simple tapi menarik.

Puas juga kak gajet search pasal kufi ni, selain beli secara online. Kemudian hakak terfikir, kenapa tidak cuba hasilkan sendiri? Tanpa menggunakan mana-mana software khusus, saya gunakan Microsoft Excel sahaja dan saya yakin semua orang ada software ni kat komputer mereka.

Seni ini tidak ada syarat khas pada hemat saya. Saya silap. Seni ini bukan boleh sembarangan. Perlu tahu jawi dan kalau ingin menulis surah, pastikan jangan sampai tersalah hingga menyebabkan salah makna pada tulisan dan ayat yang kita tulis.

Tapi kalau sekadar nak tulis nama atau mungkin kita nak tiru tulisan kufi ayat-ayat atau kalimah tertentu, boleh cuba lakukannya dengan betul di Excel.

Ini merupakan update entri daripada saya. Dalam proses ini banyak juga yang saya belajar. Ini contoh design pertama yang masih banyak silapnya. Completion untuk buat nama sendiri seperti contoh, mengambil masa tak sampai 10 minit. Ada masa saya akan update tutorial yang lain.

Namun sementara ini, jka berminat untuk buat sendiri seni Kufi, bolehlah ikuti tutorial ini dan kemudian cuba explore lebih lagi..

Kufi Art Tutorial

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

5 Responses

  1. MOHD SAH HADAR BIN SAMSUDIN says:

    Salam saya ingin bertanya dengan siapa saya nk rujuk sekiranya saya ingin membuat logo tulisan kufi dari segi ayat serta tulisan yang digunakan sama ada ianya betul atau pun salah dari sudut agama . Wassalam.. Harap dapat memberi jawapan..

  2. aninadila says:

    Wsalam. Untuk pengetahuan saudara, contoh kufi yg saya buat ni pun masih banyak silapnya. Saya rujuk seorang sahabat yang memang belajar Kufi di UKM dan dia kata ada cara tertentu untuk buat Kufi ni. Mungkin boleh cari juga di internet tentang panduan menulis kufi art.

  3. bibah abd.wahab says:

    Salam Aninadila

    Saya ingin belajar kaedah anda menulis guna exal boleh saya visit webside anda.
    JazakAllah

  4. aninadila says:

    Wsalam, terima kasih. Boleh juga review penghasilan tulisan kufi mudah di youtube link ini http://www.youtube.com/watch?v=RQBYnQBR0cE. Saya pun budak baru belajar. Jika ada apa yang boleh dikongsikan, boleh tinggalkan komen atau hubungi saya.

  5. wm afendi says:

    Cari satu grup di facebook. Nama dia frienda of kufi square atau FoKS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *