Logitech Ultrathin Keyboard Mini

Bagi aku, ini adalah kembar iPad mini yang telah terpisah, kemudian bertemu, tapi ‘bin’ dan ‘binti’ dah lain-lain. Logitech Ultrathin Keyboard Mini bersaiz nipis, iaitu berketebalan lebih kurang sama seperti iPad Mini atau mungkin sedikit nipis lagi.
Perkara pertama yang aku nilai sebelum beli keyboard ini selain saiznya, adalah berat. Perkara terakhir yang aku mahu untuk sebuah keyboard adalah besar dan berat. Dengan beg aku yang selalu isi macam-macam ni, ruang untuk sebuah keyboard yang ‘bulky’ mungkin bukan pilihan.

Aku agak kekok dengan saiznya pada mula dan kurang selesa dengan sudut pandangan skrin apabila disandarkan pada slot (holder) keyboard ini. Ini adalah percubaan menaip pos guna keyboard ini buat pertama kali. Butang yang amat mengganggu aku adalah butang ‘A’ yang juga bertindak sebagai kekunci Caps Lock. Saiznya yang besar sedikit dari kekunci huruf lain buat aku merasakan ia kekunci Shift atau Alt.
Tetapi lama kelamaan aku lebih santai, mungkin akan lebih baik dengan sedikit praktis lagi. Logitech antara jenama yang sering dibawa masuk ke Apple Machines berbanding jenama-jenama lain. Jika ingin dibuat perbandingan antara Apple Bluetooth Keyboard dan keyboard ultra nipis dari Logitech ini, boleh aku katakan Apple Bluetooth Keyboard lebih selesa digunakan untuk menaip. Kekunci lebih lembut dan responsif.
Namun dari segi saiz dan fleksibiliti, aku lebih memilih Logitech, kerana ia ringan, mudah dibawa dan boleh bertindak sebagai pelindung iPad. Meskipun dicantumkan keduanya, ia masih lagi nipis dan ringan berbanding membawa iPad 4 atau iPad 3 yang lebih besar dan berat.
Unboxing:
1. Protective cover
2. iPad Mini holder
3. Keyboard
4. Function Keys
5. Bluetooth light
6. Status light
7. Bluetooth connect button
8. On/Off switch
9. Documentation
10. Micro USB charging cable
11. Cleaning cloth

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *