Smartwatch im watching u

Aku tak tahu adakah aku gajet freak, tapi aku memang minat gajet especially yang unik dan berlambang buah epal. Aku selalu terfikir, apa lagi selepas iPhone, iPad dan iPad mini? Akhirnya perhatian aku sangat tertumpu kepada smartwatch yang khabarnya akan diperkenalkan oleh beberapa syarikat gergasi termasuk Apple, Sony dan syarikat lain yang ingin bersaing.

20130523-075821.jpg

Tidak cukup dengan tablet dan smartphone, dunia kini perlukan lebih banyak benda pintar maka lahirlah smartwatch. Rumours dari Bloomberg menyatakan, apple smartwatch, iwatch atau apa jua namanya nanti bukan satu cerita kosong. Apple sudah mula membeli LCD bersaiz kecil yang dikatakan sesuai untuk peranti seperti jam. Kemudian khabar lainnya pula memberitahu bahawa smartwatch dari Apple ini hanya akan boleh dilihat pada 2014.

Aku tak sabar sebenarnya nak tunggu smartwatch ni. Sampaikan aku dah mula mengusha2 iPod Nano 6th Generation yang sekarang ni dah jadi produk ‘rare’ dipasaran. Tawaran yang aku dapat adalah rm529 untuk 16GB. Model 8GB yang dijual pada harga rm480 sudah tiada. Malah Apple pun dah lama discontinued model ini.

20130523-080046.jpg

Tapi aku rasa smartwatch Apple yang akan datang ini akan hampir menyamai iPod Nano 6th. Waktu iPod ini keluar dahulu, ramai yang sudah menukar dan menjadikan ia sebagai fungsi jam tangan yang menarik. Jam tangan yang boleh tunjukkan waktu, gambar, podcast, pengukur larian, dan banyak lagi selain tujuan utamanya memain muzik. Disebabkan mungkin setahun atau lebih setahun lagi perlu aku tunggu smartwatch Apple, ada kemungkinan besar aku akan dapatkan iPod Nano 6th. Tangan aku dah gatal2 je rasanya ni. RM529, berbaloikah? Or should i just wait. Takpe aku bermonolog sendirian, abaikan aku.

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *