The world of Bali lies in grilled beef cibiatta sandwich

Bercakap mengenai makanan enak, pernahkah anda singgah ke Ole Ole Bali? Im a tech junkie and also a food lover. Dua kriteria ini yang membuatkan aku sering mendedikasikan sedikit wang gaji setiap bulan untuk-gajet dan makanan enak. Sorry, im not a handbag and shoes person.

Bagi mereka yang inginkan suasana tempat makan tenang, mood ala2 bawah pokok dan ingin berjiwa ‘alami’, aku memang cadangkan tempat ini. Restoran ini menyuntik elemen2 Bali sebagai konsep kedai, dekorasi dan juga menunya. Relax and really nice place to dine in.

Aku first time datang sini, jadi aku pun tak tau nak order apa. Mata aku melilau mencari klu untuk mengoder. Aku berharap ada mereka2 yang prihatin dan dapat membantu kami yang terkial2 mengadap menu. Akhirnya bantuan tiba, iaitu bau dan juga rupa paras menarik makanan yang di order di meja sebelah. Kami tiru. Itu dia… Grilled Beef Cibiatta Sandwich.

Pilihan rambang kali ini memang tak mengecewakan. Malah jujurnya aku hampir menangis bila makan grilled beef cibiatta ni. Mungkin kerana penat, dan waktu aku makan tu, terbit rasa syukur dengan nikmat yang Allah bagi. Nikmat makan, makanan yang enak. Tiada siapa yang mampu memberinya kecuali Dia.

Daging steak yang disiram dengan sos homemade dan sedikit black pepper, bawang dan lada benggala yang di grilled, memang sempurna. Kemudian ia dibalut dengan roti yang rangup. Sampai ke gigitan terakhir dapat rasa kerangupannya. Dan sosnya, bila meleleh di mulut, buat kita rasa inilah nikmat makan yang sebenar. Set ini datang sekali dengan kentang dan tembikai. Satu set dah cukup buat aku.

20130605-213643.jpg

Aku tak pernah ke Bali dan tak pernah merasa masakan di sana pun. Tapi Grilled Beef Cibiatta kat restoran Ole Ole Bali ini buat aku ada gambaran yang indah-indah tentang Bali. Jadi buat sementara ini biarlah minda aku merasakan yang dunia Bali itu ada di dalam grilled beef ciabatta. Indah dan menyelerakan.

Oh.. Bila aku update post ini, ini sudah kali ketiga aku makan grilled beef cibiatta. Puas hati. Takpelah tak ke Bali pun!

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *