Me, Awal @ Datuk Ismail Sabri
Setelah sekian lama menunggu akhirnya dapat juga gambar ni dari RTM. Kamera sendiri?? Ya dengan bijak pandainya kamera sendiri takde bateri, bateri henpon kiok dan mcm2 hal lagi. Anyway, pengalaman yang lain dari yang lain (aku tak pernah masuk TV). Thanks Jas bagi peluang kat aku nak cuba menda2 baru dalam hidup.
Generasi-Y (Episod 10) - Kami berbicara tentang belia dan teknologi. Bagaimana seharusnya teknologi dimanfaatkan oleh setiap individu terutama belia. Realitinya penerimaan teknologi semakin meningkat dikalangan masyarakat. Lebih2 lagi pilihanraya baru2 ni, 64.5% daripada belia mempercayai media alternatif (blog, web etc) sebagai sumber maklumat dan mempengaruhi mereka dalam pilihanraya (aku memang suka statistik!). Kajian oleh pensyarah UM ni bagi aku satu penemuan yang menarik kerana BLog atau media alternatif yang dahulunya dipandang sepi kini menjadi medium penting dalam hidup kita. Malah kalau diteroka, banyak lagi yang mampu dilakukan. Hanya rajin atau tidak sahaja!
Satu yang aku belajar dengan masuk show ni. Grab peluang yang ada, peluang yang mungkin tidak akan datang lagi. Kena berani mencuba kerana ‘menyesal mencuba adalah lebih baik daripada menyesal tanpa apa’..

