Permainan Flash Percuma
Bagi mereka yang kadang2 tak tau nak buat apa depan PC, nak surf net tapi tak tau nak g website mana, bolehlah cuba Addictinggames.com. Laman web ini pasti membuatkan anda ketagih permainan komputer percuma dalam format flash. Pilihlah sama ada nak bermain secara talian atau nak donlod ke PC pelbagai genre permainan yang ditawarkan (lebih 3,000) seperti strategi/RPG, puzzle & board, shooting, arcade & classic dan macam2 lagilah.
Jika anda seorang pembina games yang terror lagi tersohor pun buleh test market kat website ni. Hantarkan permainan anda dan lihat komen pemain tentang permainan yang anda bina. Untung2 anda akan ditaja dan permainan anda itu akan dikomersilkan (siapa tahu kan).

Aku memilih untuk bermain permainan yang menguji IQ aku, dan bermain pada waktu2 terluang. Pada mereka yang bermain ketika di pejabat, sendiri mau ingat kalo bos tetiba muncul belakang korang. huhua.. berhati2 menjual hotdog!

pelbagai pilihan genre permainan
