Orang Malaysia ‘Media Junkies’

Menarik survey yang dibuat oleh Nielsen Company ni. The Nielsen Global Online Consumer Survey mendapati bahawa orang2 Malaysia adalah penggemar atau peminat hiburan dan media digital dalam pelbagai bentuk. Sama ada muzik, data, foto, atau sebarang bentuk digital yang disimpan pada PC atau peranti, kita antara top 10 negara yang Media Junkies ni.

Kajian ini dibuat terhadap lebih 26,000 pengguna Internet daripada 52 buah negara. Malaysia menduduki rank ke7 dari segi pen’donlod’ dan penstriman kandungan paling banyak dan tangga ke3 menghabiskan masa paling lama menonton kandungan Internet iaitu kira-kira 20jam setiap minggu.

Ada baiknya juga kajian sebegini, kita dapat melihat perubahan dan peredaran IT di negara kita dimana lebih banyak penerapan teknologi telah digunakan oleh masyarakat. Ia juga mengurangkan ‘digital divide’ yang sibuk diperkatakan oleh orang ramai antara negara membangun dan kurang membangun. Meskipun kebanyakan teknologi datangnya dari Barat, tetapi pengguna negara kita dan Asia Pasifik nampaknya lebih banyak menggunakan teknologi.

Maklumat lanjut boleh klik link ini: Survey bacalah sendiri

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

1 Response

  1. SyafiqZainal says:

    Hoho.. sama lah saya.. Tapi boleh tahanlah orang kite ek?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *