Proses Pendaftaran Perkahwinan Johor

Assalamualaikum.

Post kali ini aku nak share pengalaman aku menguruskan proses pendaftaran perkahwinan di Batu Pahat, Johor. Tergerak untuk aku share di blog ini, agar dapat memberi manfaat kepada yang membacanya. Aku takdelah tahu semua, tetapi aku share proses yang aku kena lakukan untuk lengkapkan borang sehinggalah memberi nama kepada jurunikah mukim tempat aku tinggal.

 

Baiklah, nasihat aku yang pertama adalah sentiasa mulakan hal-hal pendaftaran semua ini dengan checklist. Ia akan amat memudahkan, terutama bagi mereka yang bekerja jauh dan berniat ‘balik hari’ sahaja ke kampung, nak save cuti lah katakan. Dokumen berikut pastikan ada (untuk pemohon perempuan):

Checklist:

  • Borang pendaftaran lelaki yang sudah lengkap (perlu dibawa bersama).
  • Salinan IC pemohon
  • Salinan IC wali
  • Salinan IC dua orang saksi (untuk saksi borang)
  • Surat akuan bujang/dara/duda/janda). Boleh minta majikan buatkan. Tetapi ada sedikit penambahan disini. Bagi mereka yang alamat IC tidak sama seperti alamat tempat permohonan bernikah, lebih baik minta daripada ketua kampung sekali dengan surat bukti pemastautin.
  • Surat bukti pemastautin – biasanya penghulu/ketua kampung dah ada sediakan draf. Cuma tinggal isi nama dan detail yang lain. Kalau penghulu korang ada, sekejap aje dah dapat. Surat ini digabungkan bersama dengan akuan bujang/dara itu tadi. So setel dua2 borang.
  • Laporan ujian HIV – Jangan takut bagi mereka yang dah buat ujian di mana-mana klinik kesihatan kerajaan. Borang itu boleh digunakan. Validity borang ujian HIV ini 6 bulan. Tapi pendaftaran ini cuma valid dalam tempoh 3 bulan sahaja yang dari tarikh didaftarkan. Nanti serahkan sahaja salinan ujian HIV tu pada pegawai bertugas di Pejabat Kadi. Bagi yang belum buat ujian, boleh juga korang pegi ke jabatan agama dan ambil satu borang khas untuk isi pengesahan HIV yang disertakan dengan sampul. Tapi aku rasa mcm payah je, sebab nak balik pun kadang2. Jadi buat cara tadi pun lebih mudah. Tapi ingat ya, hanya klinik kerajaan sahaja.
  • Sijil nikah ibu bapa bagi pemohon perempuan dan jika wali adalah saudara lelaki yang sulung. Jadi mintalah parents kita sediakan salinan sijil nikah mereka siap2 senang.
  • Sekiranya bapa telah meninggal dunia, sediakan salinan sijil kematian.
  • Salinan/Asal sijil kursus pra-perkahwinan.

*Ada yang bertanya, boleh tak kalau tak jumpa penghulu. Jawapannya boleh. Surat akuan bujang tu boleh minta majikan buatkan dan bukti mastautin tu diselesaikan dengan cara buat IC dengan alamat baru. Ada juga yang buat cara ni, sebab taknak susah2 nanti nak cari penghulu.

 

Daftar

Setelah dokumen ini lengkap, pergi ke Pejabat Kadi, di Majlis Agama Islam Batu Pahat (bagi yang duduk Batu Pahat). Pejabat ini berada sebelah Masjid Besar Batu Pahat. Pergi ke kaunter 1 (iaitu kaunter borang) untuk buat muka manis di sini. Sebabnya, pendaftaran sekarang dah tak pakai borang. Semuanya secara Online yang akan diberikan manualnya oleh pegawai yang bertugas di situ.

 

Sewaktu aku buat permohonan ni, komputer cuma ada satu. Jadi aku perlu menunggu giliran. Tidaklah lama dan mengisi borang ini tidaklah sukar. Diharapkan kepada pemohon-pemohon lain yang nak mendaftar selepas ini, komputer untuk korang semakin banyaklah ya. Isi semua detail yang diperlukan.

 

Selepas isi borang online dan print juga disitu (ada 3-4 keping yang perlu di print), pergi pula ke kaunter pendaftaran perkahwinan dan ambil nombor. Tunggu giliran dan nanti ada pegawai yang akan uruskan borang-borang semua tu tadi. Salinan dokumen aku nasihatkan buatlah 3 copy, sebab dua dorang akan ambil dan satu simpanlah untuk diri sendiri.

 

Temuduga

Selepas dia semak semua checklist dan dokumen tadi, dan tiada masalah berbangkit, dia akan serahkan semula borang dan minta kita masuk ke bilik temuduga. Walk-in je temuduga ini. Perlu diingatkan ya, untuk pemohon negeri Johor baik lelaki atau perempuan, temuduga ini adalah wajib. Ada lima area soalan yang ditanyakan iaitu Syahadah, Doa Qunut, Toharoh, Munakahat dan Hubungan. Aku diminta nengucap dua kalimah Syahadat dengan pengertian; baca niat mandi wajib; baca doa qunut; jelaskan tanggungjawab isteri dan sebutkan rukun nikah satu persatu.

 

Ada juga yang mendapat soalan-soalan lebih ekstrim, tetapi asasnya mereka menyoal perkara-perkara asas yang kita patut tahu. Sebelum datang mendaftar ini, bukalah sikit-sikit buku yang kita dapat time kursus pra-perkahwinan tu.

 

Jurunikah Mukim

Setelah lulus temuduga, dan disahkan oleh pegawai yang menemuduga, bawa borang anda kembali ke Kaunter 4. Mereka akan keluarkan satu lagi borang yang kemudiannya dibawa ke kaunter 1. Anda jangan pening ngan kaunter-kaunter ini. Sebelah2 sahaja. Jangan malu dan takut untuk bertanya dan prosesnya tidaklah selama jalan penceritaan ini.

 

Pegawai di kaunter itu nanti akan bawa borang anda ke dalam untuk dicop dan disahkan. Kemudian barulah anda bawa borang ini berjumpa jurunikah mukim anda. Jangan risau, mereka akan beritahu nama dan alamat jurunikah mukim anda. Bagi aku di mukim Peserai, jurunikah bertugas ialah Tuan Haji Ahmad Mohd Aris, di Kampung Bintang selepas jambatan Batu Pahat.

 

Jumpa jurunikah, maklumkan tarikh ingin melangsungkan majlis pernikahan. Dia akan block tarikh tersebut untuk kita dan mengambil borang yang kita bawa tadi. Ambil lah juga nombor telefon jurunikah ini, supaya boleh buat follow up nak dekat2 tarikh nanti.

 

Baiklah, semua proses yang aku buat ni memakan masa kira-kira 2 jam setengah. Bergantung kepada keberadaan penghulu dan jurunikah kawasan anda. Kalau hal pengesahan dara/bujang dan pemastautin itu boleh diselesaikan awal, lagi baik. Dan sebelum balik tu, mintalah sesiapa tolong cekkan ada tak jurunikah kat rumah dia pada hari anda nak balik tu. Kalau dibuatnya dia cuti, dah anda nak kena balik lagi.

 

Jadi ringkasnya, buat perkara berikut sebelum anda daftarkan perkahwinan anda di Johor:

  • Sediakan dokumen.
  • Pastikan penghulu/jurunikah ada baru balik.
  • Pastikan buat awal pagi. Kalau ada masalah petang boleh diselesaikan.
  • Baca buku sikit2 untuk temuduga tu.

 

Semoga semua urusan dipermudahkan dengan izinNya jua…

 

 

 

 

 

 

43 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *