Malam Ini, Aku Disaman

Aku habis kata-kata. Memang salah aku pun, roadtax dah mati dekat dua minggu. Bahaya juga aku fikirkan ke sana ke mari takde insurans dan roadtax. Jadi malam ini, Allah bukakan mata.

Sebelum masuk simpang rumah aku, bersusunlah kereta-kereta. Antara accident atau roadblock. Itu ajelah dua telahan aku. Hati aku berdebar2 lain macam aje pulaknya. Maka berdirilah sang-sang penguatkuasa dengan lampu suluh masing2, umpama hulubalang menjaga pintu masuk kota. (Sebab dah malam, aku masuk mood dewata raya).

Polis pun menyuluh roadtax aku beberapa kali. Agaknya tak percaya, macamana wanita berhemah seperti aku, roadtax ketenya dah mati (haha pigidahh ani). Maka disuruhnya ketepi. Aku cerita hal sebenar sahaja. Tak ada tokok tambah atau lakonan keterlaluan. Aku beritahu, aku tunggu duit untuk renew roadtax. Disebabkan alasan itu bagi mereka dah biasa sangat, tok ketua hulubalang, mengeluarkan pennya dan menyatakan ‘saman tetap saman’.

Tergerak hati kecil ini untuk menambah lagi kenyataan yang mampu melahirkan rasa empati dan simpati dia terhadap aku. Agaknya ini yang orang selalu lakukan. Tetapi aku tak buat.

Sebabnya, tok ketua hulubalang itu, yang badannya agak gempal, pergerakkannya pula nampak agak terbatas, berpeluh2 sewaktu menulis saman. Ada juga beberapa kali aku nampak peluh dia menitik ke surat saman tu. Aku terfikir. Kalo aku buat2 bergurau, amik pen dia tu bawak lari, rasanya dia memang tak sempat nak kejar aku (hihi hebat juga idea ini). Aku perhatikan aje dia. Beberapa kali mengesat peluh di dahi. Aku pula timbul rasa kesian pada dia. Dia hanya jalankan tugas dia. Kerja tengah malam. Tinggalkan anak isteri di rumah. Melakukan apa yang dia harus lakukan. Jadi aku senyum sahaja pada dia, dan biarkan dia menulis semua butiran yang diperlukan.

Aku turunkan tandatangan, dan getus hatiku sebelum berlalu… ‘masaklah esok aku nak bayar saman!’

Namun, terima kasih Ya Allah. Di sebalik sesuatu, pasti ada hikmahnya buatku. Selamat malam semua.

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *