iOS 7 That Make Android User Pissed Off

I’m not against Android, but i just love iOS more. Sinis betul warga-warga Android akhir ini ya dengan rupa paras iOS 7 baru dan juga model iPhone 5c dan 5s yang diperkenalkan ke pasaran. Macamlah Samsung and Android doing any better pulaknya. Ishh ini pun kenyataan yang berbaur sinikal juga ni, jangan mare warga Android 🙂

 

Apa pun, iOS 7 is available for download. Aku gembira dengan rupanya yang baru, lebih segar dan dinamik. Menggunakan iOS 7 pada iPhone 5 mungkin beri dimensi lebih menarik buat penggunanya berbanding iPhone model terdahulu. Banyak perubahan ikon, antaramuka dan juga aplikasi dibuat dalam sistem operasi yang baru ini.

 

Rupanya akan mengugatkan hati pengguna Blackberry dan Windows Phone, namun mungkin menjadi perdebatan pengguna Android. Apa pun, lupakan seketika perbandingan dengan Android. Post ini dibuat untuk mereka yang memakai iPhone dan yang ingin upgrade ke iOS 7. Jika anda bukan tergolong dalam kategori ini, maaf diucapkan.

20130920-123613.jpg

Control Centre

Satu perkara yang akan kita suka tentang iOS 7 ialah Control Centre yang kini bebas diakses sama ada di lock screen atau home screen. Memudahkan banyak perkara daripada perlu masuk ke seting dan mengubah tetapan di dalamnya, terutama untuk aplikasi yang lazim kita gunakan.

Menghidup, mematikan WiFi dan Bluetooth, mengunci putaran display, flight mode dan do not disturb mode boleh dibuat dgn sekali sentuh tanpa perlu unlock phone. Bahagian bawah Control Centre pula ada beberapa feature baru iaitu Torch (lampu suluh), calculator, clock (aku suka ni sebab aku memang pengalarm orangnya) dan camera juga boleh diakses. Tapi aku wish that Apple membenarkan pengguna membuat tetapan sendiri App apa yang diinginkan di Control Centre ini. Malangnya tidak boleh.

Air Drop, app perkongsian yang bagi aku sama sahaja seperti sebelum-sebelum ini. Limit buat mereka yang menggunakan iOS7 sahaja. Kiranya tidaklah berkongsi sangatlah juga. Tak suka yang ini.

 

Tetapi rekaan ikon, warna, dan juga beberapa aplikasi terbina iOS berubah menjadi lebih fresh dan lebih mesra pengguna. Aku sukakan Notification Centre yang kini lebih bersifat diari, membantu memaparkan jadual kerja aku setiap hari, email, reminder, missed call atau notifikasi lain yang perlu, tanpa aku susah-susah membuka beberapa apps dalam satu masa. App yang ingin didapatkan notifikasi boleh ditetapkan dalam seting.

Overall look change

Photo ketara perbezaan bukan sekadar ikonnya. Berbanding sebelum ini kita hanya ada pilihan Photo Album dan Map, namun sekarang Photo boleh disusun mengikut masa dan aktiviti secara Years, Collection dan Moments. Ok lah.

Ada sedikit argument pengguna tentang cara untuk close open apps. Bukannya susah, cuma rupanya dah berbeza sikit. Hanya double click home button, dan list app yang terbuka akan terpapar. Hanya tap dan swipe keatas app ni, maka ianya akan tertutup.

20130921-073625.jpg

iOS 7 is about overall look. Peningkatan banyak dilihat tertumpu pada rekaan, warna dan juga interface nya. Tidak banyak pembaharuan, cuma peningkatan. Warna dan mood yang disampaikan, kemudian di paparkan menerusi retina display, memang mendatangkan keeksklusifan yang hanya difahami pengguna iOS.

Call mak semakin cun interface nya sekarang ini

 

Jika membuka beberapa aplikasi dan menu lain seperti Music, Calendar dan Notes misalnya, perubahan-perubahan ini juga boleh kita lihat. Perlu diakui, ada beberapa yang okay dan ada juga yang akan kelihatan agak pelik dan agak ketinggalan. Bagaimanapun, iOS 7 tidak mengecewakan bagi mereka yang ingin uprade kepada iOS ini.

Apa pun kita cerita, Android user akan tetap ada komen-komen sinikal terhadap pengguna iOS. Jadi, tak apalah, tak usah kecoh2, let them be.

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *