Theme henpon percuma
Ini aku nak bagitau cara untuk korang tidak melabur terlalu banyak bagi menukar theme henpon dan cara ini juga boleh buat bisnes jual theme. 4 theme=rm10 kat mana2 (padahal amik percuma je) adoii.
Ownskin.com menawarkan pelbagai theme untuk segala macam jenis henpon. Sobut jolah E71, Nokia 6110 Navigator, Sony Ericcson, Asus, Dopod, HTC (malaslah nak sebut yang lain, sebut sendirilah) boleh didapati kat laman web ni. Seperti biasa, kena mendaftar dulu baru boleh donlod. Anda boleh donlod ke PC atau terus ke henpon menerusi laman WAP ownskin.

Setelah donlod kenalah run kat Application Manager (utk Nokia) dan ia akan terinstall dengan sendirinya. Kemudian aktifkanlah theme yang baru anda donlod tu. Terdapat lebih 26 pilihan kategori dan favorite aku tentunya Lifestyle & Art dan Nature. Theme2 ini dibina oleh orang2 lain yang menggunakan servis laman web ini dan dikongsi dengan orang ramai.
Anda juga boleh bina sendiri theme mengikut citarasa sendiri sama ada nak letak gambar anda ke, ikon sendiri ke dan macam2 lagilah boleh diseting menjadikan theme anda milik peribadi sendiri. Selamat mencuba!






January 21st, 2009 at 4:11 pm
asal xble downlod theme!!!!!boring btol!!!!aku da try downlod xble pon!!!
January 22nd, 2009 at 12:01 pm
bole.. donlod ke PC dulu baru masuk dalam memory card then run kat application. Donlod pakai IE ke Mozilla? Tp rsnya dua2 pun ok so far.. baru je donlod dua tiga td ni.