Suka Suka Suka, Tengok Ramai dah Ada Blog

Buka Facebook tengah hari ini, nampaknya ramai rakan-rakan ofis yang sudah berblogging. Bercerita tentang kehidupan. Bercerita tentang rencah dan asam garam dunia. Blog sendiri, sendiri punya sukalah nak tulis apa kan. Jangan pedulikan apa orang kata.. haha

Best berblogging ni.

Blog seperti diari kita juga. Kadangkala kita lupa apa yang pernah kita lalui 10 tahun lepas, mungkin hari ini, bila kita lihat balik, atau istilah biasa sekarang, bila kita google semula, kita boleh kembalikan nostalgia2 lama dalam ingatan.

Mana tahu nanti anak-anak kita (ya, aku belum ada anak) bila dah besar panjang, dia boleh baca coretan yang kita tulis untuk dia. Ramai kita tak tahu nak sampaikan rasa sayang pada anak-anak bila mereka dah dewasa. Macam pelik pula nak cakap sayang dengan anak yang umurnya dah belasan atau puluhan tahun.

Tapi satu hari nanti, bila mereka baca apa yang pernah kita coretkan untuk mereka, mungkin boleh menyampaikan apa yang tidak tersampai secara lisan. Itulah dia namanya kuasa sebuah pena. Metafora ini juga merujuk kepada kuasa sebuah penulisan.

Jom meriahkan dunia blogging ini.

Mari kita singgah ke Travelog Supermama di nitasawal.blogspot.com; Travelog Wartawan di Netty-ahhiyer.blogspot.com/; dan Diari Hot Mama di http://hotmamareen.blogspot.com/. Mereka semua ini wartawan dan editor di Kumpulan Media Karangkraf. Maka penulisan mereka semua power2. Selain menumpahkan skil penulisan di majalah-majalah yang mereka selia, bacalah penulisan santai lebih peribadi di blog mereka.

Membaca itu penambah ilmu.

Banyak bahan bacaan mudah yang boleh kita dapati sekarang. Bacalah untuk menambah ilmu. Bacalah apa yang kita minat dan ingin tahu. Bacalah apa yang kita mahu. Menerusi blog juga kita boleh belajar cara masak, cara menjahit, cara jaga anak, malah cara menjalani kehidupan. Pendek kata baca ajelah.

Bagi mereka yang selalu ingin menyampaikan, tapi tidak pula tersampai secara lisan. Selalu ingin memberitahu, tetapi tidak tahu, jom kita blogging. Bukan untuk orang lain. Mulakan untuk diri sendiri dahulu.

Mana tahu satu hari akan ada yang sedar tentang dakwahmu.

Okay, jom sambung kerja πŸ™‚

Nadiel Yusof

β€œMelihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

4 Responses

  1. mama reen says:

    tq promote blog kat page ani nadila yang gojes nih…kitaorg baru coba2…rupanya best..semoga terus ada masa untuk menulisnya…

  2. aninadila says:

    Jom teruskan menulis Mama Reen yang hot πŸ™‚

  3. FasyaFazida says:

    Jgn lupa add Link aku tau. fasyafazida.blogspot

  4. aninadila says:

    Bisa diatur tu Fasya Fazida. Nantikan Fanpage Blog Lover khas untuk semua blogger diluar sana πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *