Mencari Rumah Sewa Shah Alam Seduatu Yang Merunsingkan

Malam hari masih tak boleh lelapkan mata. Susahnya nak cari rumah sewa. Kalau nak beli, apatah lagi.

Ya Allah bantulah kami.

Rata-rata rumah sewa di Shah Alam sekarang model flat yang dikategorikan sebagai apartment, meskipun dua bilik mencecah RM600-RM800 sebuah. Bagi aku, ini satu tekanan yang besar. Setiap masa sekarang ni asyik bukak mudah.my untuk sebarang tawaran rumah sewa yang berpatutan.

Kalau nak rumah seperti yang aku duduk sekarang, dalam keluasan 850 sq/ft ini, tak ada RM900-RM1500 dalam tangan, toksah berangan. Ada yang cadangkan keluar sedikit dari Shah Alam, macam kat Kg Jawa, Jalan Kebun, Puncak Alam. Tapi bila aku cek balik, harga rumah sewa di kawasan tu pun mahal juga. Buat aku bertambah pening fikirkan duit dan masa pula nak berulang alik.

Hmmm..amatlah terasanya kesan kenaikan harga minyak dan semua benda lain termasuk rumah. Buntu.

Beberapa minit… Masih resah lagi.

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

2 Responses

  1. kak net says:

    ani daripada pening cari rumah sewa, baik beli saja rumah baru. Walaupun mahal tapi akhirnya jadi rumah sendiri.

  2. aninadila says:

    Sementara ni kak, sementara nak dapatkan rumah baru. Terpaksa sewa dahulu. Nak beli rumah pun bukan mudah sekarang ni. sedeyyy 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *