Berfikir Luar Kotak, Jadi Burung Kotak, Nampak Tak?

Saja up satu post sebelum pulang ke rumah. Macamlah kat rumah tak boleh buat kan, hihi. Meeting petang tadi ni menjadi penutup hari di pejabat yang memenatkan. Tengah dalam meeting sempat aku memandang sayup ke luar tingkap. Hanya lahir mood nak balik rumah. Penat. Sesekali aku lontarkan idea, harap mendatangkan manfaat pada semua. Terlintas aku akan satu metafora yang biasa kita dengar ~ berfikir di luar kotak.

Sempat aku fikirkan lagi benda ni tengah dalam meeting. Tentang ‘berfikir di luar kotak’. Rasanya paling mudah nak menggambarkan pada orang lain, terutama kanak-kanak tentang berfikir di luar kotak ialah, suruh mereka ambil kotak tu – koyakkan jadi kepak – kepak jadi burung – burung tu burung kotak. Nampak tak apa aku cuba sampaikan ni? haha

Kadangkala bila kita terlalu fikir out of box, kita terlalu mencuba untuk keluar, kita abaikan sebuah idea baik yang boleh jadi lahir daripada kotak itu sendiri. Berfikir luar kotak tidak bermakna berfikir yang jauh-jauh. Luar kotak boleh jadi sisi kotak, tepi kotak atau mungkin atas kotak. Jangan terlalu mencari yang jauh, sedangkan objektif utama kita tadi adalah kotak.

Seperti dengan kotak tadi, kita boleh hasilkan kepak seperti burung. Atau dulu aku pernah main rumah-rumah dengan kotak. Aku pernah buat perabot kertas mainan dengan kotak. Buat bekas simpan barang dengan kotak (eh betul ke aku buat semua ni), takkan nostalgia sangat aku ngan kotak.. hmm

Tapi apa yang aku cuba sampaikan, berfikir di luar kotak, bukan bermakna mencari idea yang terlalu bombastik, meletup, jauh, sampai kadangkala tidak realistik. Memadai juga berfikir di luar kotak dengan mengambil makna berfikir itu dan menjadikan kotak sebagai satu landing point untuk berubah sikit daripada benda asal. Sebuah idea yang kita cuma perlu keluar sedikit sahaja untuk meningkatkan ia menjadi benda baru.

Mungkin ada yang tak setuju dengan pandangan aku. Tapi itulah yang aku fikirkan. Berfikir luar kotak, jadi burung kotak. Haa.. nampak tak ni? Aduiiih….

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

2 Responses

  1. NadyaNordin says:

    Hai, berminat nak ada DANBO? saya ada jual. Dalam dua saiz, 8cm dengan 13 cm 🙂

  2. aninadila says:

    hihi, saya dah ada Danbo juga, terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *