Wanita Tanpa Handbag Sebuah Perspektif

Cantik handbag. Kasut. Padanan warna baju. Pandai pula mengenakan solekan tipis. Naik persona wajah. Postkan ke Facebook, ramai memujinya. Mudah sangat setakat nak dapatkan 58 Like.

Sekejap. Itu bukan aku.

Aku seorang wanita tanpa sebuah handbag tapi tidak bermakna aku bukan seorang wanita. Mencuba menjadi seorang wanita berhandbag seakan menipu diri sendiri. Coach, LV, Carlo Rino, Bonia (ishh apa tu). Bagi aku sebuah beg Adidas atau Puma sudah cukup cantik dan menarik. Apa yang penting barang yang boleh aku masukkan dan tidak merasa kekok membawanya. Sorry Coach, u are way way to heavy for me.

Aku kagum dengan wanita yang pandai menampilkan kecantikkan. Sedang aku, selesa dengan apa adanya. Menjadi wanita cantik itu bagus, kurniaan. Tetapi jangan sampai menayangkan kecantikan untuk orang lain ya. Apatah lagi merasakan diri cantik dan memandang orang lain lebih rendah berbanding dengan kecantikan yang dimiliki.

Aku tidak secantik kalian, dan aku juga buta warna. Warna cantik bagi aku adalah warna kelabu, putih dan coklat. Warna alami. Taste aku memang out. Tapi itu juga tidak bermakna aku bukan seorang wanita. Bagi mereka yang mungkin fikirannya sama dengan aku dalam perkara ini mungkin faham apa yang aku rasa ni.

Kadangkala kita rasa kita tahu apa yang kita mahu dan kita suka. Tetapi keadaan dan orang sekeliling memaksa kita melupakan apa yang kita mahu dan kita suka itu. Penat tau tak buat macam ni. Sudahnya nanti, kita tak menjadi diri kita.

Wanita tanpa sebuah handbag tidak bermakna yang dia bukan seorang wanita. Mungkin cara fikirannya berbeza dan mungkin dia tak memerlukan sebuah handbag pun. Fikirkanlah.

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *