La Tahzan, Jangan Bersedih

Panas di luar sana. Hiruk pikuk orang menjamah daging korban yang disediakan dalam beberapa jenis masakan. Marquee tent penuh dengan kaum hawa. Bagi muslimin pula, bergegas ke surau dan masjid untuk mendirikan solat Jumaat.

Hari ini menjadi hari yang sibuk buat semua yang berada di Karangkraf, atau mungkin sebahagiannya akan menjadi sibuk. Sementara menunggu tetamu yang bakal datang lepas zohor nanti, aku ambil sebuah buku, kegemaran aku. Pernah aku post pasal buku ini beberapa kali. La Tahzan, Jangan Bersedih.

Jika ditanya bahan bacaan yang boleh aku syorkan kepada semua, ini salah satunya. Hasil tulisan Dr. Aidh al-Qarni ini telah diterbitkan dalam pelbagai bahasa dan versi, juga daripada penerbit-penerbit bebeza. Masih belum lagi dari Karangkraf. Selain memiliki versi bahasa Melayu dari Al-Hidayah Publisher, aku juga ada versi bahasa Indonesia yang dibelikan oleh kawan aku Inggried dari Jakarta terbitan Qisthi Press.

Aku lebih gemar versi bahasa Indonesia, lebih sedap bahasanya, lebih dekat ngan jiwa. Bukan kerana aku jawa ya, hihi.

La Tahzan telah menjadi sebuah karya fenomenal di seluruh dunia. Menjadi penulis seperti ini menjadi cita-cita aku. Tetapi aku masih jauh, jauh sangat lagi daripada cita-cita yang satu ini. Buku motivasi islamik yang menggerak jiwa. Sebuah bacaan yang bagus dan aku yakin semua juga akan rasa begitu jika berminat untuk membacanya.

Setiap patah perkataan pasti akan membuatkan kita berfikir.

Biarkan hari esok itu datang dengan sendirinya. Jangan pernah menanyakan kabar beritanya, dan jangan pula pernah menanti serangan petakanya. Sebab, hari ini anda sudah sangat sibuk.

Penulis bukan mendapat ilham itu sendiri. Semuanya daripada apa yang dibacanya daripada Al-Quran, juga kurniaan dari Allah yang menggerakkan dia untuk menulis tentangnya. Setiap subtajuk disertakan dengan potongan ayat-ayat Al-Quran dan menyedarkan kita kembali, untuk kembali kepada asas kehidupan kita.

Sesekali dalam kesibukan kita bekerja, baik di rumah, di pejabat, pekerjaan, pelajaran atau apa jua, ambil lah masa untuk membaca buku-buku seperti ini. Put a ‘pause’ of whatever you are doing. Ambil masa untuk diri sendiri dan ini salah satu cara aku mengambil masa untuk diri aku. Ada beberapa lagi buku yang aku nak syorkan kepada semua, tetapi tak tahulah kalau genre yang aku pilih menepati citarasa semua.

Blink: Power of Thinking Without Thinking dari Malcom Gladwell. Karya-karya tulisan penulis Indonesia Habiburrahman El Shirazy. Oh aku suka juga Eat, Pray, Love dari Elizabeth Gilbert.

Aku kurang membaca novel, lebih kepada buku motivasi dan cerita inggeris. Cerita bahasa inggeris makan masa lebih lama nak sudahkanlah ya. Bila aku penat, penat dengan apa jua yang aku fikirkan atau tidak fikirkan, aku ambil buku, duduk diam-diam dalam bilik dan baca. Ambil masa untuk diri sendiri.

Tengahari ini, aku nak ambil masa untuk diri aku. Tulis blog. Ambil buku dan baca. Buat sesuatu, sesuatu yang aku suka meskipun orang tidak memahaminya. Kita semua patut buat macam ni sekali sekali. Jom.

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *