Tag nama di status Facebook guna Blackberry

Seronok tagging2 nama orang dalam status Facebook sebenarnya. Selain orang tu dapat notification, ia juga salah satu cara kita nak menghargai komen orang di wall kita.

Hal ini tak mendatangkan masalah buat pengguna iPhone dan Android. Tapi sedikit masalah buat pengguna Blackberry. Baiklah, ini teman nak bagitau.

Buat pengguna Blackberry, anda TIDAK boleh tag nama orang di status Facebook jika menggunakan Facebook App yang diinstall ke phone. Jadi caranya:
1. Buka touch.facebook.com
2. Login seperti biasa
3. Tag nama dengan permulaan @
4. Pilih nama yang hendak di tag

20131221-091225.jpg

Anda terpaksa mengakses Facebook menggunakan mobile view atau bahasa gajetnya, gunakan browser internet untuk masuk Facebook. Ini untuk tag nama di status. Kalau nak guna seperti biasa, boleh je pakai Facebook App yang ada tu.

#Screenshot BB Q10
Tak pasti sama ada cara ini untuk Q10 sahaja atau boleh digunakan untuk kesemua model Blackberry (maaf hanya ada peluang buat testing di Q10), untuk mengambil gambar screen begini caranya :-

1. Tekan butang volume up & down serentak sampai ada bunyi ‘click’ shutter atau notifikasi beritahu yang gambar sudah di simpan ke telefon. Mudah kan.

Ok itu aje for now. Nak main candy crush. Bye.

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *