Lempeng Lembut Bersama Sambal Tumis

Tak semua orang suka makan makanan berasaskan tepung, sebab malas nak bancuh2. Tetapi sesuai dengan kejawaan saya (hihi), pagi ni terasa nak buat lempeng sebelum keluar pegi joging.

Buka kabinet dapur, berdoa harap-harap ada lagilah stok tepung gandum yang jarang-jarang nak digunakan tu. Alhamdulillah, ada sebekas lagi. Yes! takyah gi kedai.

Saya tuang kira-kira 2 cawan tepung gandum, sesudu kecil garam dan gaulkan. Haaa ini dia rahsia lempeng yang lembut dan sedap. Caranya kita masukkan minyak panas pada adunan tepung tu.

Panaskan lebih kurang 2 sudu minyak dalam kuali. Bila dah berasap tu, terus tuang minyak panas atas tepung. Akan ada bunyi berdesir dan bau yang harum. Gaul sampai rata.

Kemudian masukkan air sehingga adunan kelihatan cair sedikit, sehingga tepung tidak berketul. Lempeng memang nampak mudah, namun jika salah adunan, lempeng tersebut akan menjadi keras dan bila terlebih air pula, boleh jadi terlalu lembik dan melekat.

Sebelum ini saya selalu pakai kuali biasa. Tapi disebabkan dah ada kuali tidak melekat ni, saya pun cuba.

20131222-182724.jpg

Buat nipis sahaja.. ermm dah rupa penkek dah lempeng aku

Pehh memang senang. Senang nak kawal lempeng supaya tak hangus, senang nak terbalikkan dan senanglah serba serbi. Kalau ada kuali tidak melekat di rumah, saya amat syorkan. Masak lempeng sehingga tidak nampak tepung basah dan sedikit kekuningan. Siap.

Bahan:
Tepung gandum
Minyak masak
Garam
Air

Caranya:
1. Tuang tepung gandum ke bekas adunan dan masukkan garam.
2. Panaskan dua sudu minyak di kuali dan tuang minyak terus ke atas tepung apabila cukup panas. Ini untuk hasilkan lempeng yang lembut.
3. Gaul rata minyak dan tepung tadi.
4. Masukkan air dan biarkan adunan cair sedikit.
5. Masak lempeng secara nipis di atas kuali sehingga kelihatan sedikit kesan goreng/masak.

20131222-151854.jpg

Enak juga dimakan bersama sambal tumis dan masak lemak

Mengikut adunan tadi, kita boleh dapat lebih kurang 15 keping lempeng yang dibuat saiz sederhana. Kemudian lempeng ni dihidang bersama sambal tumis dan kopi panas. Fuhh, legend habis!

Disclaimer: Dapur 365+ adalah perkongsian peribadi aninadila.com dan tidak boleh diulang cetak atau disalin tanpa kebenaran. About Dapur 365+

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

2 Responses

  1. along says:

    Mana resepi sambal tumis nye?? Hehe.. Igt kan buat karipapje masuk minyak panas..lempeng pun boleh ek..boleh cuba… Tq puan..

  2. aninadila says:

    Resipi sambal tumis akan menyusul kemudian. Saya pun pada mulanya tak tahu boleh masuk minyak panas ni. rupanya lempeng memang jadi lagi lembut dan sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *