Teka Teki Tiga Abdul Ini Buat Orang Pening Kepala

Teka-teki yang mencetuskan kekeliruan

Kekeliruan masih berpanjangan. Semua kerana teka-teki dalam cerita Tiga Abdul yang aku tengok malam tadi. Aku update status tentang masalah yang takdelah serius ni ke Facebook, dan dapat jawapan, tapi kenapa pagi ni aku masih lagi keliru?? Haish…

Di atas langit, di bawah bumi, apa di tengah2nya? Jawapannya tiga titik..

Tiga titik? Tiga titik? Datang dari mana pulak tiga titik ni? Kawan aku catborg pun bagi formula:

bumi = ba wau mim ya > ba 1 titik. ya 2 titik = 3 titik
langit = lam nga ya ta > nga 1 titik. ya 2 titik = 3 titik

fb

Betul ke teka teki ni nak pakai formula ejaan jawi ni. Kalau betul, tak ke dia rasa perempuan berbangsa belanda kat sebelah dia tu tak boleh jawab? Kan tak pasal2 keliru semua orang. Soalannya apa di tengah-tengah? Bukan ditanya berapakah titik di dalam ejaan langit dan bumi, atau apakah persamaan di antara langit dan bumi.

Apa di tengah-tengah?

Pening aa dia ni…

Update: Okay faham dah, apa di tengah-tengah’nya’.  Jawapan: Huruf ‘nya’ ada tiga titik di tengah. Oooo okay Abdul Wahab, u’ve got me. Nak belajar gosok tangan dengan Abdul Wahib pulak, tata.

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

1 Response

  1. AJ says:

    Bukan lah..dia kata ap ditengah-tengahNya..mksud dia ialah ap yg ditengah-tengah huruf jawi Nya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *