Nasi Daging Mudah

Assalamualaikum, hari baru, tahun baru dan cuti. Gabungan yang sgt best. Bersemangat pula nak memulakan resipi pertama Dapur 365+.

Tiba-tiba terfikir Nasi Daging. Ringkas, tak perlu lauk-pauk dan kebetulannya masih ada daging dalam peti ais tu.

Saya buka resipi lama yang pernah disalin sebelum ini, dan berniat untuk melakukan sedikit improvasi. Bahan tak cukup ler kalau nak ikut betul-betul resipi nasi daging utara. Tapi saya usahakan agar nasi daging ini menjadi. Chaiyok!

*Saya gunakan beras biasa dan minyak masak untuk gantikan beras basmathi dan minyak sapi/majerin.

20140101-120951.jpg
Bahan:
300 gm daging dipotong dadu
3 ulas bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
Sedikit halia – dihiris
1 batang serai dititik
2 batang kayu manis
Sedikit jintan manis
Rempah kurma
Garam
Air

Caranya:
1. Tumis bawang, halia, serai, kayu manis dan jintan sehingga kekuningan dan naik bau.
2. Masukkan rempah kurma kira-kira 3/4 daripada paket kecil itu dan gaulkan.
3. Masukkan 1 3/4 cawan air. Biarkan mereneh. Masukkan garam.
4. Sediakan rice cooker untuk masak nasi. Basuh dan toskan 2 pot beras. Biarkan dalam periuk.
5. Bila bahan daging tadi dah siap mereneh, masukkan terus ke dalam periuk nasi. On power rice cooker dan biarkan masak. Sangat mudah, dalam 15 minit siap.

Ini dia nasi yang dah siap. Senang sangat nak buat.

Untuk gaulkan nasi, guna garfu. Jadi elok bercerai-cerai meskipun kita tak gunakan beras basmathi 🙂

20140101-120253.jpg

Bagi yang tak konfiden dengan cara memasaknya, boleh juga tengok video ini.

Air Asam
Tak lengkap nasi daging tanpa air asam. Inilah penambah rasa sedap nasi daging. Pun sama juga, mudah sangat nak buat air asam atau ada yang sebut kuah asam ni. Gaulkan semua bahan atau nak ramas2 guna tangan sahaja pun boleh.

Bahan:
7 tangkai cili padi
1 ulas bawang merah
1 biji tomato
Asam jawa segera
Belacan
Air

20140101-170819.jpg

Disclaimer: Dapur 365+ adalah perkongsian peribadi aninadila.com dan tidak boleh diulang cetak atau disalin tanpa kebenaran. About Dapur 365+

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

2 Responses

  1. along says:

    menarikkk boleh try ni..

  2. aninadila says:

    Sangat mudah untuk disediakan. Lebih-lebih lagi mereka yang bekerja dan nak masak cepat. Main campak-campak je siap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *