Ayam Goreng Berempah

Hari pertama masuk ofis untuk tahun ini. Penatnya rasa badan tapi misi mesti diteruskan, come on ani! Hmmm ayam ada lagi dalam peti ais, jadi hari ini saya decide nak buat ayam goreng berempah!

Buka laman web orang lain nak tengok resipi ayam goreng berempah. Bukan main banyak rempah ratus yang perlu digunakan. Mana nak cekau ni.

Ada beberapa bahan yang saya ada, ada yang tidak. Untuk tidak menggagalkan misi Dapur 365+ yang baru masuk hari kedua ni, saya telah melakukan sedikit improvasi bagi disesuaikan dengan bahan yang ada di rumah.

Jangan fikir panjang2 atau streskan diri nak ke kedai. Jom kita guna apa sahaja yang ada. Moga-moga berhasil.

Bahan:
Beberapa ketul ayam
Rempah kari
Serbuk kunyit
Bawang merah
Bawang putih
Jintan manis
Serbuk ketumbar
Halia
Garam

Apa yang kurang : Daun kari takde, harap serbuk kari membantu. Ketumbar biji dah digantikan dengan ketumbar serbuk lagi mudah. Tepung jagung dan serai pun tak ada 🙁

Caranya:
1.Tumbuk atau blend semua bahan.
2. Gaul rata pada ayam. Biarkan seketika (kalau boleh diperap lagi baik)
3. Pastikan minyak yang banyak dan cukup panas di atas kuali.
4. Goreng ayam sehingga garing. Angkat dan hidangkan.

Inilah dia hasilnya. Mungkin rupanya tak sama macam kat kedai yang ada kriuk-kriuk tu, tapi cukup terasa rempahnya. Paling penting ia sangat mudah disediakan dan tak sampai setengah jam dah siap hidangan makan malam saya.

20140102-211653.jpg

Rempahnya terlebih garing, patut jangan dibiarkan sehingga gelap begitu. Takpe belajar dari kesilapan.

Ayam ini dimakan panas-panas bersama nasi putih, sup cendawan straw dan cili potong kicap. Alhamdulillah licin sekelip mata. Boleh buat selalu nie.

Untuk hari ini saya berpuas hati dengan ayam goreng berempah 365+, cuma kalau tidak garing sangat tentu lebih baik. Apa pun Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah untuk rezeki hari ini. Jemput makan semua!

Disclaimer: Dapur 365+ adalah perkongsian peribadi aninadila.com dan tidak boleh diulang cetak atau disalin tanpa kebenaran. About Dapur 365+

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

2 Responses

  1. along says:

    Omak..golap nye serdak tu..hehe.. Chaiyok chaiyok… sup cendawan straw apakah???

  2. aninadila says:

    Cendawan straw ni berbentuk panjang (persis straw) atau nama betulnya Enoki Mushroom. Biasanya ada kat pasaraya, harga rm1.49 sepeket.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *