Ikan Sambal Parit Tok Ngah

Hari ini terasa nak masak ikan sambal dan banyak-banyak sambal, saya memang suka sambal adik beradik di parit tok ngah. Jadi hari ini, budak jawa nak masak sambal orang utara ya.

Kata orang kalau nak masak sambal ni, elok pakai cili kering. First time saya gunakan cili kering, selalunya saya guna cili boh.

Saya pun tak tahu, tetapi selepas bertanya dan mencari info di internet, maka tahulah saya kini yang cili kering ada pengkelasannya sendiri.

*Tip Cili Kering
Cili kering yang berwarna merah dan berkilat memang cantik. Tetapi cili kering ini sangat pedas berbanding cili kering gelap dan berkedut. Satu lagi cili kering pula agak gemuk pendek, sesuai untuk mereka yang suka sambal tapi tak suka pedas.

Alangkah baiknya kalau saya ada yang berkilat tu. Tapi kat rumah cuma ada cili kering yang gelap dan berkedut. Takpe, saya nak cuba.

Bahan:
25 tangkai cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Air asam jawa
Kicap
Ikan – siap digoreng

Caranya:
1. Blend cili kering yang siap direbus sehingga lumat.
2. Tumis bawang sehingga garing.
3. Masukkan cili tadi dan goreng sehingga naik minyak.
4. Masukkan air asam dan garam secukupnya.
5. Akhir sekali masukkan ikan.

Ini dia ikan sambal yang telah siap.

20140103-182419.jpg

Sambal yang saya buat ni kurang pedaslah pulak. Salah cili ke? Tapi bagi mereka yang tidak begitu tahan pedas, rasanya sangat okay Ikan Sambal Parit Tok Ngah.

Namun ada sesuatu yang adik beradik di parit tok ngah ni masak, yang buat masakan dorang sentiasa rasa sedap. Apa yang kurang ni. Saya mesti kaji lagi!

Disclaimer: Dapur 365+ adalah perkongsian peribadi aninadila.com dan tidak boleh diulang cetak atau disalin tanpa kebenaran. About Dapur 365+

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *