Ayam Ungkep

Tiba-tiba hari ini teringin nak makan lauk kenduri. Bukan lauk biasa, kerana lauk yang saya teringin nak makan ni biasanya disediakan di kenduri orang jawa, iaitu Ayam Ungkep.

Teringat dulu arwah atok tom (ibu mak saya) bila masak ayam ungkep, saya dah makan curi2 dulu di dapur. Lebih-lebih lagi bahagian kepak dan telur tak jadi (saya lupa pula namanya), adalah bahagian yang menjadi rebutan. Lebih baik saya makan dulu!

Memang menggamit memori ayam ungkep ni. Mengikut kamus jawa, ungkep bermaksud memasak secara ditutup. Jadi jangan lupa tutup periuk tu waktu masak ayam ni ya. Tak ungkeplah pula nanti.

Buka resipi!

Bahan:
Ayam
1 sudu jintan manis
1 sudu serbuk ketumbar
6 tangkai cili api
1 inci halia
1 inci kunyit
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Asam keping
1 batang serai – dititik
Garam

Caranya:
1. Tumbuk semua bahan kecuali asam keping dan serai.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tadi dan serai sehingga garing.
3. Masukkan ayam dan masak.
4. Masukkan setengah cawan air.
5. Masukkan asam keping.
6. Biarkan mendidih dan sedia dihidang seperti gambar di bawah.

20140104-184105.jpg

Seperti biasa, nak kongsi tip sikit. Ayam biasanya akan keluarkan air. Jadi jgn letak air terlalu banyak sewaktu memasak tadi. Nanti kuahnya takut terlebih.

Alhamdulillah ayam ungkep saya rasa memang rasa macam ayam ungkep! Tak sia-sia jadi jawa!

Disclaimer: Dapur 365+ adalah perkongsian peribadi aninadila.com dan tidak boleh diulang cetak atau disalin tanpa kebenaran. About Dapur 365+

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *