Jalan-Jalan Bandung

Dingin meskipun sesak, seronok meskipun penat…itulah Bandung. Kalau bercadang nak pergi bawa RM300 tu fikir2kan lagi lah sebab memang tak cukup. Yang tak gila shopping pun akan tergoyah jugaklah kewarasan bila ada kat sini. Trip aku selama 3 hari (19-21 Jul) dah dirancang sejak 3 bulan lalu. First time keluar Malaysia, best jugak. Tapi sepanjang aku kat sini, aku rindu betul dengan Malaysia Food. Bagi yang tak biasa dengan makanan manis2, patut prepare second choice. Meggi pun orait!

Geng lapan sekawan aku duduk kat Hotel Progo. Kira-kira tengah kota Bandung jugak. Hotel not bad tapi jaga2lah bila nak malam. Nyamuk Menyerang!!! Pertama kali malam tu aku dengar perkataan Semprot (sembur nyamuk) dan Oles (yep losyen anti nyamuk). Aku dah separuh gila tension dek gurauan kasor nyamuk terhadap aku, aku call front desk hotel marah2. Orang dia datang katanya mau ‘semprot!’ Ya silakan aja.. ha ha. Terus tak jadik marah, bantai gelak sampai pagi.

Next trip.. Australia.. Yeh!

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

2 Responses

  1. Halo, salam kenal dari Wisata Bandung. Boleh ya sharingnya kami pakai untuk testimoni wisata di Bandung. Oh iya, lain kali mau ke Bandung bisa cari hotel murah di Bandung di blog kami.
    Thanks.

  2. julia says:

    hi saya baru nk paln duk hotel prago betul ke banyak nyamuk aircond ada x email saya boley bgitau pasal prago hotel julia_2284@yahoo.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *