Dapur 365+ : Day 7 Sambal Bilis Tutok

Tidak tahu daripada mana asalnya, dan setiap tempat mungkin ada nama berbeza untuk sambal bilis tutok ini. Kenapa dipanggil tutok, sebab ia gabungan tumbuk dan ketuk.

Saya pernah makan beberapa kali sambal bilis tutok. Tapi sambal bilis tutok versi nyai (nenek hb saya) memang best. Rasanya macam sambal hitam buat mereka yang biasa di sebelah pahang kelantan sana, tapi kita tak guna belimbing pun.

Jadi quest malam ni, sambal bilis tutok!

Bahan:
1 biji bawang
20 tangkai cili padi
Segenggam bilis
Garam

Caranya:
1. Tumbuk kesemua bahan sehingga lumat.
2. Gunakan 8-10 sudu minyak masak (bajet agak2 bilis tenggelam) dan goreng bahan.
3. Masak sehingga garing macam dalam gambar.

Sedia untuk dihidang memang pembangkit selera. Saya buat tak jadi macam hb buat sgt, dia kata patut lagi garing. Apa pun tetap menggamit selera kampungku!

20140107-195947.jpg

Disclaimer: Dapur 365+ adalah perkongsian peribadi aninadila.com dan tidak boleh diulang cetak atau disalin tanpa kebenaran. About Dapur 365+

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *