Hard Rock Islamik Cetus Kontroversi

Banyak sangat benda-benda lucu yang terjadi akhir ini, tapi yang ini memang mengundang satu entri pendek. Susahlah kalau semua benda nak di Islamikkan dengan membuat kenyataan kelakar. Mengaburi mata orang dengan hujah yang salah. Penuh trending Facebook dua hari ni dengan hal Hard Rock Cafe di Putrajaya. FanPage Rakyat Malaysia Menentang Hard Rock Cafe dan Kelab Malam di Putrajaya mendapat lebih 7,000 Likes satu malam.

Kenyataan pertama – Hard Rock hanya dibenarkan dibuka di Putrajaya jika tiada alkohol dan mendendangkan lagu-lagu berbentuk Islamik – kata Tengku Adnan. Ia disamakan dengan 7-eleven yang dibenarkan dibuka di Putrajaya jika tidak menjual arak.

Semalam, kenyataan dari Presiden PPj, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir memberitahu bahawa Hard Rock Cafe tidak akan dibuka di Putrajaya, kerana tidak ada sebarang permohonan yang dihantar berhubung perkara ini.

Pemimpin lain pula menyatakan Putrajaya merupakan pusat kerajaan tetapi harus mempunyai sedikit hiburan agar tidak malap.

Tetapi bagi sebuah premis yang kita tahu berkonsepkan kelab malam, ditukar menjadi kelab Islamik bukanlah idea yang baik. Sebenarnya isu kat sini, bukanlah  pasal Hard Rock Cafe nak dibuka di Putrajaya sangat, tetapi lebih kepada isu kenyataan lucu pemimpin untuk menukar islamikkan tempat-tempat seperti ini, untuk meloloskan hiburan masuk.

Kenyataan-kenyataan pemimpin yang semakin ‘lucu’ membuatkan ia menjadi sindiran banyak pihak. Kita perlukan pemimpin yang boleh membuat keputusan dan kenyataan dengan baik, telus, berhemah dan bukan berbicara mengikut perkiraan akal yang mudah.

Seperti Hard Rock Islamik, hanya menimbulkan kekeliruan dan kemarahan banyak pihak. Just saying.

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *