Peria Goreng Telur

Peria. Salah satu sayur kegemaran saya. Entah sejak bila saya suka peria, tapi inilah lauk yang akan saya ambil jika pegi makan nasi campur kat kedai. Cakap pasal makan kat kedai, rasa macam dah lama pulak tak makan luar. Lebih suka masak dirumah, biarpun yang ringkas-ringkas. Kata orang air tangan isteri pengikat rumahtangga, cewah.

Banyak khasiatnya peria ni. Meskipun pahit (tapi takdelah pahit sangat pun) peria mempunyai banyak kelebihan.

Antaranya ubat darah tinggi, kencing manis, tonik hati, pelawas sistem penghadaman dan banyak lagi. Jangan tidak tahu, daripada peria juga saintis menemui bahan insulin untuk ubat-ubatan yang selalu kita ambil sekarang ni.

Sama ada dibuat jus, direbus, makan mentah atau dibuat sayur, peria mudah disediakan dan sedap dimakan.

Bahan:
Peria
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 tangkai cili padi
1 biji telur
Sikit bilis
Garam

Caranya:
1. Panaskan minyak dan goreng bilis sehingga garing.
2. Terus tumis bawang dan cili yang dihiris sampai naik bau.
3. Pecahkan telur dan goreng macam ala2 scramble egg agak-agak dia nak kering.
4. Masukkan garam.
5. Masukan peria dan masak untuk kira-kira 4-5 minit lagi.

Siap.

20140108-193656.jpg

Disclaimer: Dapur 365+ adalah perkongsian peribadi aninadila.com dan tidak boleh diulang cetak atau disalin tanpa kebenaran. About Dapur 365+

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *