Ayam Kicap Cili Padi

Ayam kicap memang jadi favorite sesiapa pun kecuali Micheal Ang, peserta Masterchef All Star, yang cakap dia tak makan dan tak suka ayam kicap waktu diberi tugasan masak ayam kicap 5 Star, ye ke ni??

Apa pun, tak kisahlah dia suka atau tidak, tapi ayam kicap memang jadi kegemaran setiap masa kami adik-beradik dan kini hb pun sama. Kalau raya tak sah takde ayam kicap, kalau berjalan jauh bawa bekal ayam kicap dan kalau ada kicap mesti terasa nak masak ayam kicap.

Setiap orang ada resipi berbeza-beza memasak ayam kical. Malam ni kita akan buat resipi ayam kicap yang amat mudah ini. Jom!

Bahan-bahan:
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi
1 tangkai cili merah
1 batang kulit kayu manis
Kicap masin / lemak
Sedikit halia
Garam

Cara memasaknya:
1. Goreng ayam hingga agak-agak garing (jangan terlalu garing ya nanti keras).
2. Gunakan minyak goreng ayam yang sama untuk tumis bahan-bahan tadi yang telah dihiris. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan kicap (selalunya saya buat campuran kicap masin dan lemak) untuk dapat rasa yang balance. Masukkan garam jika perlu dan rasa.
4. Akhir sekali baru masukkan ayam dan cili merah tadi. Sedia dihidang dan sangat mengancam jika dimakan bersama nasi putih panas2. Simple.

photo 3

 

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *