Antivirus utk Gamers

Semalam Norton Symantec melancarkan antivirus komputer edisi khas iaitunav-09 Norton AntiVirus 2009 Gaming Edition untuk memenuhi keperluan dan permintaan Gamerz tegar yang selalu bosan dengan ‘pop-up’ dan iklan2 yang tetiba muncul ketika asyik bermain.

Antivirus ini berkongsi fungsi dan ciri yang sama seperti Norton AntiVirus 2009 dengan penambahan khas utk gamerz di mana gamerz kini boleh pastikan permainan mereka tidak diganggu oleh program antivirus yg tetiba beroperasi ketika sedang bermain. Terdapat Mod Gamer yang dikatakan melindungi PC daripada virus, spyware, worm, Trojan, keylogger, bots dll serta pada masa yg sama tidak mengganggu permainan secara menunda amaran dan menjalankan aktiviti dibelakang (background).

Edisi ini juga menggunakan seciput sahaja ruang memori komputer anda iaitu kurang 6MB, memastikan masa boot segera 1saat dan imbasan kurang 35saat (harap2nya betul lah). Oh ya, antaramuka (interface) turut ditingkatkan, so nampaklah gaya Gamerz sket!

nav-09

screenshot

Harga pasaran untuk antivirus ini ialah RM129 utk satu lesen. Norton turut menawarkan harga pengenalan RM79 bg pembelian sebelum 27 Feb 09.

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *