Bubur Bilis Kicap

Okay kicap lagi…hihi

Kali ini  bilis kicap yang dimakan bersama bubur nasi. Ini signature dish saya kalau di pejabat, haha perasannya… Tapi saya memang suka buat bubur nasi, dah jadi ani bubur nasi pula nama saya ni.

Hb request bubur malam ni. Saya suka aje sebab mudah nak buat. Masak dua pot, lebihkan air dan biarkan sahaja. Masak pula dalam periuk tidak melekat, potensi untuk hangit dibahagian bawah dapat dikurangkan.

Bubur nasi ni mudah. Biar beras itu betul-betul kembang dan tidak berketul. Tambahkan sedikit garam untuk ada rasa lemak. Biarkan air lebih sedikit waktu dia mendidih tu, sebab nanti bila dh tutup api, dia akan mengembang juga lagi.

Ini dia rupa paras bubur nasi berbilis kicap saya.
bubur
Bubur nasi sangat sedap kalau makan dengan bilis kicap. Saya pernah juga cuba dengan lauk-lauk lain. Tapi bilis kicap ini juga yang paling padan. Bubur dimakan panas dan bilis kicap tu buat pedas sedikit, walah.. 5 mangkuk licin!

Bahan bilis:
Bilis digoreng dan diasingkan
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi
Sedikit halia
Kicap masin dan lemak

Caranya:
1. Tumis bawang, cili dan halia sampai naik bau.
2. Tuangkan kicap (gabungan kicap masin dan lemak).
3. Masukkan bilis yang sudah digoreng.
*Jangan tambah air kalau nak bilis kekal rangup ya.

Selamat mencuba 🙂

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *