Laksa Telur Goreng Parit Buntar

Ini bukan sebahagian resipi dalam Dapur 365+. Tetapi saya ingin kongsikan laksa sedap yang saya makan di Parit Buntar/Nibong Tebal baru-baru ni. Nanti saya tanya semula lokasi setepatnya dari adik beradik Parit Tok Ngah. Okay saya update lokasi, gerai Laksa Telur Goreng My Mama, Kampung Kedah Parit Buntar, Perak

laksa

Laksa belah-belah utara memang sedap. Sebagai kelainan pada gerai yang lokasinya di tepi jalan ni, mereka tambah telur goreng atau telur mata didalamnya. Unik juga ada kelainan macam ni. Soal rasa pun tak mengecewakan. Tak hairanlah apabila buka sahaja kedai, orang dah beratur nak makan.

Waktu saya pergi tengah hujan. Pun orang tak mengalah dalam keadaan cuaca macam tu. Sebelah kedai laksa ada jual kuey teow dan nasi lemak bungkus. Saya rasa semuanya. Ni yang sampai hari ni dok teringat2.

Untunglah adik beradik Parit Tok Ngah dekat dengan tempat tu (baru pindah). Kalau saya lalu sana, pasti saya akan singgah lagi. Bagi mereka yang ada sekitar parit buntar dan nibong tebal, patut cuba ni. Selain kedai 2 ringgit kat sana yang memang ada macam2 yang best!

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

1 Response

  1. faiz says:

    kmi dok pb dh lama kt kmpg kedah …apa nama kedai dia… wassap sya nk2 try jgak laksa 0135994842 tq ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *