Memasang statistik pada blog

Apa perlunya statistik? Sebenarnya inilah yang perlu difikirkan oleh setiap blogger yang ingin jadikan blog mereka blog yang menjana duit. Atau mereka yang ingin monitor apa yang berlaku dalam ‘dunia’ mereka di talian.

Siapa masuk, siapa keluar blog. Siapa view, siapa share. Post mana yang lebih diminati dan sebagainya. Jangan terperanjat jika ada yang curi idea dalam blog kita dan menjadikan itu idea mereka, itu semua boleh dikesan.

Lebih baik lagi, link orang keluar masuk ini juga boleh membantu kita menghargai mereka-mereka yang sudi share entri kita ke blog mereka, credit nama kita dan bolehlah kita membina silaturahim. Create lebih ramai kenalan blogger.

Bagi mereka yang menggunakan wordpress, kak gajet mencadangkan JetPack. Sebuah enjin statistik mudah yang boleh tunjukkan semua yang saya sebutkan diatas dan lebih banyak lagi.

Bagi yang mengakses wordpress dari komputer, hanya pergi ke dashboard – plugin – new – taipkan Jetpack – install.

Buat mereka yang seperti kak gajet, yang lebih banyak mengakses wordpress menerusi smartphone dan tablet, install wordpress app terus pada telefon dan kemudian hanya klik stats – install Jetpack.

20140111-124809.jpg

Jetpack dari phone membolehkan kita monitor blog dihujung jari.

20140111-124427.jpg

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *