Burger Mini Menggunakan Roti Biasa

Saya masih ingat lagi, dulu kakak saya, kak ina selalu buat burger ni. Saya kecil lagi pada waktu itu. Bila dapat tahu dia nak buat burger resipi rahsia dia ni, saya memang sangat excited. Tunggu je ngan sabar sampai burger siap.

Dah besar ni (bagi dia saya tetap adik kecik dia), saya pun mintalah resipi. Saya improvisekan dan bentuk burger saiz mini.

Kak ina selalu gunakan ban roti burger yang akan dipotong nipis bulat-bulat. Tapi saya gunakan sahaja roti biasa, dipotong empat menjadi burger mini.

Rasa daging burger yang dihancurkan, ada campuran bawang, cili padi dan telur, memang sedap. Hb pun suka. Sekarang ni selalu juga dia request.

Lebih-lebih lagi kalau rasa tak nak makan nasi, dibuat minum petang atau snek malam macam hari ni, saya akan buat burger mini.

Bahan:
2 keping burger (sy suka burger ramly)
1/2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih (boleh juga x letak)
4 tangkai cili padi (taknak pedas kurangkan)
Garam
Telur

Caranya:
1. Hancurkan daging burger.
2. Hiris bawang halus (minced). Tak perlu pakai blender. Buat pakai pisau je.
3. Sama juga minced cili padi.
4. Campurkan semua bahan dan masukkan sedikit garam.
5. Pecahkan telur dan gaul semua bahan tadi. Ramas guna tangan pun boleh sebab lebih senang rata.
6. Sapukan pada roti yang dipotong empat dan panggang atas kuali.
20140111-210910.jpg

*gunakan majerin atau mentega pada kuali sebagai minyak memang best.

20140111-211517.jpg

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

2 Responses

  1. along says:

    Menarik…

  2. aninadila says:

    Tq along, selamat mencuba juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *