Ikan Singgang

Hari ni masak makan tengahari lebih awal. Saje sebab nak layan hindustan lepas ni, hihi. Buka peti ais ada ikan tongkol, jadi saya berhasrat nak buat ikan tongkol masak singgang. Jom!

Ini percubaan kali kedua saya masak singgang. Sebelum ni tak berapa menjadi, terlebih pedas. Huhu sedih..

Kali ini saya nak masak singgang main campak-campak je bahan (sebelum ni tumbuk) sebab tengok kat kedai rasanya dorang masak macam tu. Mudah lagi kot kan…

Bahan:
1 ekor ikan tongkol di potong kecil
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 tangkai cili padi
3 asam keping
1 tangkai serai – dititik
Garam

Caranya:
1. Mudah sangat. Semua bahan tadi dihiris halus (kecuali serai dan asam keping). Kemudian masukkan kesemuanya dalam periuk.
2. Masukkan air dan rebus sehingga mendidih. Masukkan garam secukupnya.
3. Apabila mendidih masukkan ikan. Siap.

20140112-125418.jpg

Lunch for two!

20140112-125251.jpg

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menu singgang rasa macam kat kedai. Hanya masukkan bahan hirisan rupanya tanpa perlu susah-susah menumbuk. Pukul 12 dah siap makan tengahari. Boleh rileks2 lepas ni sambil fikir menu minum petang pula.

Okay, happy weekend semua!

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *