Ikan Gelama Tumis Cili

Saya berhutang banyak entri di Dapur 365+. Susahnya nak commit entri secara tetap bila kerja tengah banyak di opis. Balik rumah pun agak lewat dan kadang tak masak pun sebab dah penat.

Tapi hutang tetap hutang. Akan saya bayar semula. Terkejut rupanya ada juga yang ikuti Dapur 365+ ni (terima kasih ya follow) dan tanya mana entri lain. Jadi saya akan bayar semula semua entri yang tertinggal dan buat untuk diri sendiri juga. Supaya setiap apa yang kita lakukan jangan putus di tengah jalan. Lakukan, dan lakukan dengan bersungguh! Tetiba bersemangat, huhi.

Okay sebab dan bersemangat petang tadi saya singgah Mydin beli ikan Gelama Bali. Serius saya tak tahu nama dia pada mulanya. Saya cakap kat kawan saya, ikan kaler pink jual longgok.

Badannya bersisik, jadi kerja menyiang ikan agak rumit sikit berbanding ikan lain. Saya nak masak simple aje, iaitu tumis bercili.

Bahan:
Ikan gelama bali
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
7 tangkai cili padi
Sehiris halia
Garam

Caranya:
1. Goreng ikan terlebih dahulu. Jangan terlalu garing dan berhati-hati sebab isi ikan ni mudah bercerai. Asingkan.
2. Hiris semua bahan tadi dan tumis dengan minyak goreng ikan tadi.
3. Masukkan sesudu kecil garam dan sedikit air biar berkuah sedikit.
4. Bila kuah sikit tu dah mendidih, masukkan ikan. Siap dah.

20140117-164603.jpg
Ikan ni sengaja saya masak pedas. Jadi kalau taknak pedas boleh kurangkan cili. Gambar atas ni sebelum saya buat improvise kecil. Tiba-tiba ikan saya tak berkuah, jadi saya tambah air lagi biar berkuah sedikit. Kuah dari tumisan tu enak perasanya dan rasa ikan itu sendiri. Tapi bagi yang suka kering, juga boleh kekalkan kering.

Jadi siap dah ikan gelama saya yang hb panggil ikan albino ~ Okay dia lbh kreatif dari saya dengan menggelarkan ikan itu ikan albino.

Till next post. Caucincau!

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

2 Responses

  1. tingkat kematangannya butuh waktu berapa lama bun?
    terimakasih 😉

  2. Nadiel Yusof says:

    Sekitar 4-5 menit. Jangan terlalu lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *