Apa Yang Dimaksudkan Kantung Kosong Dalam Kehamilan

Dua minggu selepas scan kali pertama doc beritahu tak nampak janin. Sepatutnya dah nampak bentuk seperti bentil kacang atau ada juga kata strawberi. Tapi scan saya hanya menunjukkan satu garis. Ya dari titik menjadi garisan.

Doc maklumkan semua kemungkinan yang ada. Boleh jadi baby tak ada progres yang akhirnya might lead to miscarriage atau boleh jadi progres terlalu lambat. Boleh jadi ia kantung kosong dan sel tak menjadi atau boleh jadi juga kita salah kira dan bukan 8 minggu sepatutnya, tapi baru 6 minggu jika ikut garis yang nampak.

Sambil berbaring itu saya cuba absorb apa yang doc cakap. Cuba absorb semuanya segala kemungkinan yang disampaikan. Lebih baik begini rasanya daripada harapan menggunung yang diberi. Saya dah fikir macam-macam. Negatif semuanya. Namun, dalam keadaan kabur itu doc cakap satu ayat yang buat saya strong semula. ‘Mungkin kita salah kira, doa banyak2 moga nnt scan lagi dua minggu ada dah progress baby kita akan nampak.’

Ya Allah.. Saya terkedu… Apa yang baru berlaku sebentar tadi. Sesaat saya putus harap pada Allah kah? Apa yang saya fikirkan agaknya. Saya kena positif dan bersedia juga pada masa yang sama. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan pernah putus berdoa dan memohon pada Maha Pencipta. Dari Dia kita datang dan pada Dia juga kita akan kembali. Balik tu terus saya solat dan berdoa…

Tenang saya rasakan. Lebih positif lebih segar minda yang kabur tadi. Saat2 macam ni memang mudah emosi bercampur aduk buat kita fikir macam2. Boleh buat kita jadi down. Kita tak boleh stres dalam keadaan macam ni, tak baik untuk diri, tak baik untuk baby dan dimanakah keimanan kita? Saya banyakkan beristigfar..

Untuk buat diri kembali ceria, sempat juga saya melawak dengan teman saya tentang ‘Ahmad Garis’. Saje buat panggilan macam tu sebab baru nampak garisan sahaja. Saya cakap ahmad garis ni tak lama lagi gemuk chubby ni. Saja dia buat suprise kat ibu dia kuar lambat sikit. Gelak2 sambil pegang perut, saya berdoa pada Allah untuk tentukan apa yang terbaik buat kami. Jangan pernah putus berdoa, jangan putus berharap…

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *