Menu berpantang keguguran

Lama tak menulis. Berehat sekejap utk merawat tubuh dan minda. Ini masuk minggu ketiga saya berpantang selepas keguguran. Satu yang saya pasti dan saya nak nasihatkan kepada yang lain sekiranya anda berpantang, tidak kisahlah kerana bersalin atau keguguran, katakan tidak pada cendawan!

Sukar juga rupanya mencari menu berpantang. Buat saya yang pertama kali hamil, pertama kali juga mengalami keguguran, dan pertama kali berpantang semuanya adalah suatu benda baru.

Dua hari pertama saya berpantang, saya pegilah makan sup cendawan. Dua hari berturut-turut pagi malam. Kemudian sambung pulak dengan kobis masak bening. Fuhh.. Allah sahaja yang tahu betapa teruknya saya rasa. Angin, sampai terbongkok2 nak berjalan or nak buat apa-apa. Bergerak sikit pun sakit, macam ditarik-tarik.

Search info di internet, barulah saya tahu cendawan ni satu kepantangan yang patut dielak selain daripada kangkung dan kobis. Kira antara sayuran utama kena elaklah kalau berpantang.

Saya manalah tahu. Makan bermangkuk-mangkuk, panas-panas pulak tu, tambah pula dalam keadaan masih blur. Sedap aje saya makan sup cendawan dengan salmon panggang my big sister buat.

Kisahnya kakak saya pun tak tahu kalau cendawan itu tak boleh dimakan oleh orang berpantang. Dia, kakak saya yang tengah, mak saya semuanya makan cendawan dulu, elok aje pulaknya mereka. Kobis pun sama, tak goreng dorang masak bening. Tak ada pulak masalah angin.

Saya ni tak boleh tergigit sikit pun. Bayangkan bermangkuk-mangkuk dah saya makan, memang sangat bestlah kan. Time ni juga takde aktiviti bengkung-bengkung or apa2 yang saya buat. Berpantang semberono katanya. Pandai sangat ani…

Call mak, kena bebel kejap kemudian terus hb pergi cari bengkung. Jamu mak dara, tepel, minyak panas semua dah dibekalkan oleh kakak saya siap2 waktu datang melawat. Kemudian saya terfikir cara lain nak buang angin ialah bertungku, air halia, apa sahajalah yang panas. Saya buat semuanya.

Dua hari juga nak hilang rasa sakit tu. Panggil kak aida datang urut di rumah, masih ada saki baki angin kat perut dan urat. Pengalaman angin tu betul-betul buat saya tukar mind set. Biarlah orang nak kata apa (kakak saya kata dorang pantang sikit-sikit aje, saya yang obsessive sgt), tapi saya buat keputusan nak berpantang serius, sangat serius demi kesihatan diri!

Rutin

Bertukarlah rutin  mulai hari itu, saya hanya makan nasi putih dan sayuran bening seperti kobis bunga, carrot dan sawi. So far tiga ni okay takde angin-angin. Tak makan daging, hanya ikan tidak berbisa dan ayam kampung. Ayam daging tak boleh makan saya angin. Roti tak boleh makan saya angin. Cili lagilah jangan nak mengada makan.

Kata orang elak makanan bersifat sejuk dan kalau nak ikutkan banyak sangat makanan yang selalu kita makan sejuk sifatnya, buah pun sama. Memang sangat susah, dan tak lalu toksah cakaplah, makan benda sama berulang-ulang. Tapi daripada jadi angin balik mcm hari tu, saya sanggup makan biarpun hanya nasi kosong.

Ada orang badannya okay kalau makan ayam, kobis semua tu. Bayam ada kata boleh dan ada yang kata tidak. So far saya tak berani lagi, sebab banyak kes kata angin. Peria saya boleh makan dan sekali-sekala saya panggang ikan haruan.

Full rutin

1. Bangun pukul 6 mandi air panas.

2.Bertungku seluruh badan dan especially kawasan perut/rahim.

3.Sapu losyen mustajab pati halia seluruh badan dan tapak kaki.

4.Berstoking

5.Tampal tepel (dibancuh air suam) di perut dan berbengkunglah.

6.Minum air kunyit+manjakani direbus (asli tambah sikit je asam jawa waktu nak minum)

7.Sarapan minum milo+cicah biskut.

8.Makan tengahari

9.Petang mandi air panas dan ulang bertungku, losyen, stoking, tepel, bengkung.

Saya bertungku pagi dan petang without fail dah masuk tiga minggu ini, setiap hari. Mandi air panas. Minum air panas. Jangan nak berais-ais ya. Makan jamu sangat2 saya syorkan. Boleh kecutkan rahim yang dah kembang kerana mengandung. Jamu mak dara+jamu ada akak indonesia ni buat+jus bidadari.

Minggu kedua saya dah mula bekerja. Rutin tetap diteruskan. Pakailah stoking kemana-mana sekalipun. Bagi yang bekerja suasana aircond, tutup-tutuplah ya. Makan kat kafe atau dimana-mana jaga dan pilihlah menu sesuai. Jika susah bawak bekal. Jangan bergerak sangat, minggu kedua belum stabil (saya minggu ketiga pun masih ting tong) dan bawalah minyak panas. Saya mudah sangat rasa sejuk sekarang ni. Bagi yang ada korset, pakailah untuk menjaga peranakan.

Mandilah air garam bukit sekali -sekala untuk kesegaran badan dan lalukan air garam dibahagian bawah utk menjaga PH kawasan tersebut especially bila kering akibat DNC.

Matlamat saya berpantang 40 atau 44 hari Insyallah dengan izinNya. Mudah2an dipermudah dan dijadikanlah apa yang saya makan atau consume sebagai penawar sembuhan zahir batin.

Oh nak share sikit, berbengkung ni memang sangat baik, membantu kita mendapatkan kembali bentuk badan. Kena rajinlah sikit. Paling penting saya buat sebab saya nak jaga bahagian rahim dan peranakan. Moga-moga Allah kurniakan zuriat buat kami lagi..

Ada masa hati meronta-ronta nak makan aiskrim tutti frutti atau air 100 plus (entah kenapa panas kot).. tapi sabar!. Tekak atau kesihatan, choose wisely, heheh…

Sedikit perkongsian rasa:

Disebalik sesuatu kejadian ada hikmah tersembunyi. Aku fikir tidak sama hikmah yang kita nampak. Kehilangan ini petunjuk. Tidak ada kuasa dan daya melebihi dariNya. Aku hanya hamba. Tumbuh Dia beri. Hilang Dia ganti. Kenapa mempersoal yang tidak aku ketahui. Sedangkan yang tidak diketahui itulah baik buatku. Terima kasih Ya Rabb atas rasa ini… – nadiel yusof

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

44 Responses

  1. Nurulhuda says:

    Kelakar pun ada cerita ni…saya pun bakal berpantang gugur jugak mungkin minggu depan… Dah 8 minggu baby xberkembang. minggu ni minggu menunggu kot2 boleh gugur sendiri. Kalau tak jumaat depan pergi DnC… Ini kali ke 2 mengandung tak jadi… Saya pun ada kisah ngn cendawan… Cendawan celup tepung lps tu angin rasa sesak nafas ingatkan dah nak mati….nie yg tgh2 cari menu berpantang and jumpa Nadiel punya page. thanks for sharing….

  2. aninadila says:

    Adoii kelakarnya cendawan celup tepung.. tp betul kan dia punya sakit tu ingat dah nak K.O dah, haha. Takpelah dah tau ni bolehlah kita sama-sama beringat.

  3. Mah Azi says:

    Awak beli mne manjakani tu…

  4. Mah Azi says:

    Sy br arini brpntg.. Smlm br realize keguguran..

  5. Nadiel Yusof says:

    @Mah Azi sori lambat reply. Manjakani tu beli kat kedai runcit biasa sahaja. Dia tulis buah kani.

  6. linda says:

    Bila bleh start untuk berpantang….contohnya mkn jamu,pkai losyen@minyak panas serta berbengkung?

  7. Nadiel Yusof says:

    Linda, sy start immediately day after keguguran. Time tu angin dh mula masuk2 badan.

  8. aydahydayah says:

    Salam, sy bru discarged from hospital.xtwu nk wt apa cz first time miscarried. Tq 4 ur info,byk sgt membantu.lps ney kne beli tepel bengkung jamu da ada.sy plak slamber je mandi air sejuk.pas ney kne la mndi air panas

  9. ddjaafar says:

    hai. saya miscarriage 2 minggu lepas masa baby masuk 3 bulan. nextweek baru dpt appoinment utk buat D&C.

    terima kasih utk info yg awak bg. saya nak share di fb & blog ye?..mohon ye?

    thanks anyway.

  10. Nadiel Yusof says:

    Sorry to hear that..
    Nak share boleh @ddjaafarArray. Kalau boleh kredit blog sy pun lbh baik 🙂

  11. suhaini says:

    Saya pun masuk hari ketiga pantang lepas keguguran,penantian selama empat belas tahun tak kesampaian namun saya redha kerana disebalik semua ini pasti ada hikmah yang terbaik untuk kita

  12. Nadiel Yusof says:

    @suhaini sedihnya dengar.. Semoga kita semua dikurniakan kesabaran dan kekuatan di sebalik semua ini

  13. Sue says:

    ade yg pndg remeh dgn pntg bile keguguran..xyah pntg pun xpe..sikit jea..bile bentan, menggigil 1 bdn..baru tahu langit tinggi rendah..berpantang la wahai wanita sekalian..rahim kita hanya 1..bertungku, berbarut, berurut, bertangas, mandi serum, makan jamu, jaga makan, insya Allah kita akan sihat..

  14. leeza says:

    Saya dh 10 week dpt tau baby tak menjadi…
    skrg doktor suruh tunggu darah jatuh je..
    tp skrg dh ade keluar darah sikit mcm period
    adakah sya perlu berpantang juga..

  15. Nadiel Yusof says:

    @leeza sorry to hear that. Sebaiknya berpantang juga. Terpulang sama ada nak berpantang 44 hari atau ada juga yang berpantang cuma 2 minggu

  16. liezalie78 says:

    Sy skrg tgh sakit2….
    Doc bgtau bby x membesar dgn baik..
    Masuk hr ke 6 dh bleeding ckit2… skrg tgh tggu dia kuar sendiri
    Pg ni dr pkul 2 td sakit kt bhgn perut n ari…rasa nk buang air besar pun ada..rasa mcm nk bersalin je…ada rasa mcm kontraksi ..kjp ada kjp xda….entah2 sy ni x tdolh sampai pg…
    tu yg google mengoogle ni …cr info berptg keguguran…
    tq adila…sharing pengalaman…bleh lh byat rujukan

  17. Nadiel Yusof says:

    @liezalie78 mmg rasa sakit selagi tak keluar habis. Bila dah keluar baru rasa lega. Hope awak kuat ya..

  18. roky says:

    Mengikut bidang kg saya…ber tunggu lps keguguran xboleh..nnti cair darah lmbt sembuh..tmbh2 yg dnc…biar darah tu keluar sdiri…..minyak panas pom jgn…jaga keguguran lebih teruk dr yg bersalin..Hati2. ..

  19. roky says:

    Mengikut bidan kg saya…ber tungku lps keguguran xboleh..nnti cair darah lmbt sembuh..tmbh2 yg dnc…biar darah tu keluar sdiri…..minyak panas pom jgn…jaga keguguran lebih teruk dr yg bersalin..Hati2. ..

  20. ayura fara says:

    Saya bru 7ary gugo..mmg rse sakit y tramat sgt time 2..lpas bnde 2 jatoh baru rase sakit 2 ilang..mknn org pantang gugo same ke ngn pantang brsalin?

  21. Nadiel Yusof says:

    @ayura fara hope awk tabah. Yup menu pantang gugur sama macam pantang bersalin. Kena jaga supaya boleh kuatkan rahim semula.

  22. Ziela says:

    Sy bru lepas s&c, sebab kandungan anggur.. pantang sorg2.. hr ke 5 da kene start drive sebab sy da suami pjj.. hrp2 xde risiko pape.. tq info utk mkn org berpantang.. hr kedua termkn bym.. pe lg mlm tu mmng sakit bdn..

  23. Nadiel Yusof says:

    Oh, bidan sy pula suruh bertungku agar darah beku keluar. Darah beku tu yg bahaya kalau x keluar

  24. Nadiel Yusof says:

    Okay ziela moga lepas baik dan ada rezeki lagi lepas ni

  25. zie says:

    assalam sis….

    sy baru je gugur kandungan sy mencecah 6 minggu…adakah sy perlu berpantang gak…coz sy ni perlu berkerja tak dapat cuti….

  26. Naddy says:

    Alhamdulillah. Pengalaman sy sewaktu keguguran secara normal sangat bermakna. baru keguguran dan insyaallah akan cuba berpantang mengikut kaedah tradisional nadiah. maklumlah tak tau perlu ada bengkung, bertungku semua tu. Boleh sy tau, air kunyit tu rebus kunyit hidup kan? masalah sy skrg belum berani nak cuba jamu sbb tak tau yg mana yg sesuai dgn sy. tq utk semua info2 di atas. 

  27. Nadiel Yusof says:

    Ya Naddy, air kunyit rebus hidup. Cubalah minum. Bagus juga utk kesihatan dalaman wanita.

  28. Nadiel Yusof says:

    Wsalam zie. Jika tdk dpt berpantang oenuh mungkin boleh amalkan air kunyit. Utk kesihatan dalaman. Siapkan badan, moga ada rezeki utk mengandung semula dlm masa terdekat.

  29. lyn says:

    Assalamualikum.. Sy nk tnye ikan yg xbbisa ikan ape ye… Kak sy pn miscarried few days ago… Parents pn xde kat cni kn… Sy tlg ape yg ptut jer ni… Nway thnx kpd kak nad psal mknn utk org pantang… Smlm dia nangis teruk sbb sakit kluar drh… Sy tgk pn nk pengsan..

  30. zai says:

    Assalam….sy br discharge ward smlm. tenkiu info. ayat yg terakhir sgt myntuh jiwa. i nk share. tqvm

  31. Mas says:

    Ikn yg x bisa & blh mkn waktu brpntang ialah selar, tenggiri, merah. Sy br 10 hari D&C & msh brpantang. Insya Allah brpntang selama 40 hari. Zaman moden ni byk org x brpantang. X bentan x apa. Klau dh kena mmg nyesal x sudah…

  32. Rayhani afiffa says:

    Lepas dah mkn cndawan pulaaak.. Baru kjp tdi mkn cndwn.. Patut lain mcm je rase bdan ni.. Sykur al hmdulillah Allah gerakkn hati buka google.. Dah mcm beku urat pinggng ni rase.. Kejang mcm nak putus.. Mndi sejuk lgi pgi tdi.. Bnyknye sye lnggar pntng.. Tq dear.. Informasi ni bnyk bntu sye.. …dah 4 thun mnunggu zuriat.. Asyik gugur je.. Hari ni dah hari ke 3 sye kguguran.. Hopefully oneday Allah berikn zuriat wlaupun hnya satu.. Aamiin..

  33. Baiti ety says:

    Sya pn dh smggu berpantang.. Xada berurut bertungku pn guna botoi air diisi air pnas tu pn bila rasa perut ada angin br buat angin akan hlg..mkn jela sya pantang xmkn yg sejuk2 semoga rahim sya kembali sht semula begitu jgak dgn yg lain2 n diberi rezeki akan dtg oleh Allah untuk mengandung dan mendapat bby yg sht aamiin…

  34. syima wahab says:

    kalu gugur usia janin 6 7 minggu, masih kena solat ke ? konfius pulak..

  35. syima wahab says:

    ok.. dah tgk ceramah ustaz azhar idrus tadi.. dia cakap sama je dengan orang bersalin…

  36. Nadiel Yusof says:

    Ya, gugur sama juga dengan bersalin.

  37. Nad says:

    Tq for d tips..baru malam smalam sy tumpah darah..pregnant 8 weeks 4 days..terkejut gak bila dpt tau pregnant..kawin dh nak masuk 8 yrs dah nak 2x keguguran di awal pregnancy.tu pun sy tak tau sy pregnant sbab tak pnah ade simpton loya,muntah,penat.Period datang je tiap bulan..so ni x ketiga miscarriage..rase nak nak gugur je jantung bila dpt tau pregnant tp dalam mase yg sama sedih sebab fetus tak membesar..takde rezeki anak lagi..doktor schedule d&c lagi 2minggu if darah x turun..tapi malam tadi dah bleeding lepas balik keje..nasib baik bleed kat umah..kalo kne kat ofis or dalam komuter..tak tau dah nak cakap ape..so start arini sesi berpantang buat kali ke-3 keguguran..

  38. Nadiel Yusof says:

    Allahu.. semoga kuat dan sabar. Insyallah sesuai masa Allah bagi rezeki..

  39. Farah says:

    Sy pn bru je gugur mgkin luse sy cuci..mk sy ckp org pntang gugur x blh yg pans2..jamu nk mkn pn lps 35 ari…tungku pn x blh.. Mkanan sejuk blh mkn…law was2 x yh mkn..sbb gugur lbh teruk nk jga..

  40. MamaCha says:

    Kalau saya cerita,mgkin org boleh gelakkan.. umur saya 46. Period tak dtg 2bulan setengah.. ingat dah menopause.. sebelum ni kalau lewat je …perasan ngandung. Bila penat perasan… Lupa dah pasal nak anak lagi..(anak dah 4) .. pd mlm bday saya… Keluar stain…. 2 Hari lepas Tu.. keluar darah sebanyak tidak. Dlm ati, oh… sebab lama tak period. Nak menopause la ni….Esok check, mcm ada plastic nipisss sgt kat pad.. .. Rasa tak sedap ati..tpi teruskan kehidupan yg amat sibuk… Pad 2 jam sekali tukar, walaupun guna yg paling panjang..bkepak,bsayap bagai! Esoknya keluar ketulan.. Tanya anak sedara yg Doc.. katanya miscarriage.. gi jumpa doc.. dpt la cuti 3 Hari… Now… Malu2 nak pantang.. tak cerita kat kawan2..malu.. sbb dah Tua.. sekian .
    #sorry..Kasi semak blog awak. Tapi memang saya lupa dah Cara berpantang… Dah 9 tahun lepas.. asyik Google je!

  41. MamaCha says:

    P/S… Terima kasih atas ilmu yg adik kongsikan

  42. hazrina harun says:

    ..sama dgn sya hr ni hr ke dua gugur…umur 43..ank bongsu 14 thn..pregnant 8minggu…kandungan tidak mnjadi…gugur sendiri setelah seharian sakit dn bleeding..hr ni try Google..nk tau mknan utk org berpantang gugur…thx to nadiel yusof atas perkongsian…maklumlah dh lama x melalui situasi mcm ni..

  43. eca says:

    Assalamualaikum..saya eca.sekarang tengah alami proses keguguran 8w..nak tanya kalau untuk keguguran sendiri tu.bila perlu start berpantang?sebab belum keluar habis..cuma doktor bagi next appointment 2minggu lagi tu repeat scan samada dah habis keluar atau belum..kalau blm baru nk buat d&c…sekarang dah 3minggu bleeding cuma xterlalu banyak..

  44. salju says:

    Tq sharing..
    Sy kguguran ke dua ni kena makan bayam dan minum susu. Mudah nak melawas. Kalau dua ni takde mmg sem-be-lit la jwb nya. Heheh. Depend dgn badan sorg2 sbnrnya pemakanan ni . Sy xbleh telan jamu sebarangan, jadi x sedap bdn. Sy tukar mkn herba cina ok pulak. Mcm mak sy dulu bantai ja makan telo hari2..ok je katanya. Ye la dulu apa sgt la yg dpt dmakan. Tp sy x brani la telan telur dulu. Maklum da google banyak…byk la yg dlm otak ni. Buah navel orange sy mkn untuk vit.c . Elak demam selsema. Makanan biasa..nasi putih, bilis halia,ayam, ikan tenggiri. Masakan semuanya guna perencah sup Adabi + lada hitam + halia + habbatussauda(jintan hitam). Tiap2 hari..cuma rencahnya sedang2 memasak. Jgn terlebih rencah. Air masak wajib. Teringin sirap..sy bancuh sunquick orange tnpa gula. Itu saya lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *