Dokumen Pendaftaran Nikah

Musim perkahwinan kembali lagi. Kali ini, Insha Allah sahabat baik saya akan menamatkan zaman bujangnya. Sepertimana biasa, bila ada kawan yang nak kahwin, saya akan paling sibuk buatkan checklist. Entah kenapa, memang saya suka buat checklist. Nak pegi bercuti buat checklist, nak balik kampung buat checklist, nak buat jamuan pun nak buat checklist. Im a checklist person, okay ⁄ check!

Checklist ini saya gunakan dulu sewaktu merancang majlis pernikahan dan persandingan saya, kemudian digunakan pula oleh kawan saya ima yang bernikah bulan Mac hari tu, dan kali ini saya sediakan untuk seorang lagi rakan saya yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Tak boleh tulis nama kat sini, dikhuatiri ada rakan ofis yang secara tidak sengaja terbaca post ni. Dia glamor kalah Che Ta, so kita keep secret dulu sementara 🙂

Paling penting dalam persediaan sebuah majlis adalah budget dan juga dokumen pendaftaran nikah. Daripada salinan kad pengenalan diri, saksi, wali, ujian HIV dan lain-lain tidak boleh diambil mudah. Berapa ramai tetamu, berapa bajet jamuan dan segalanya perlu ditetapkan.

Saya sediakan checklist yang boleh dicetak, dimuat turun atau dijadikan checklist anda. Saya paling suka ruangan remarks, sebab saya biasanya akan penuhkan ruangan ini dengan senarai nama-nama penaja, ihiks!

Semoga Checklist ini mendatangkan manfaat buat semua bakal-bakal pengantin.

(klik imej untuk download/cetak)

checklist_pdf

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *