Payung Petronas Tak Cukup Buat Orang Mengamuk

Ringkasnya ia rasa seperti penipuan. Mungkin bunyinya ‘tak patut’ bagi Petronas atau orang-orang tertentu, tapi ini adalah realiti yang dirasai oleh pelanggan. Promosi ini adalah kegagalan buat syarikat besar seperti Petronas kerana telah menyebabkan tanggapan negatif orang ramai terhadap apa yang cuba mereka lakukan, malah terhadap jenama itu sendiri.

Mungkin bagi mereka ia ‘payung’, hanya payung. Tapi bagi orang ramai pula, ia adalah kesetiaan dan kredibiliti Petronas. Kenapa Petronas boleh mengambil mudah dengan hal macam ni?? Oh maiiii..

Dengan mengisi minyak di Petronas dan dapatkan 10 cop, anda boleh menebus payung edisi terhad Petronas. Kalau di tanya pada saya, istimewa ke payung itu, tidak. Besarkah? Hmm biasa-biasa sahaja. Ya, payung itu tidaklah istimewa. Designnya pun biasa. Boleh je dapat kat mana-mana.

Tapi bagi mereka yang memang setia isi minyak kat Petronas, malah dengan adanya promosi ini, benda tu macam rewardlah kiranya buat mereka. Yelah, isi minyak dapat payung, sape nak bagi. Boleh jugalah save 9-10 ringgit daripada kena beli payung. Tapi akhirnya semua rasa kena tipu dan kecewa sebab satu payung pun tak ada!

Saya sebenarnya tak minat sangat benda-benda macam ni, tapi disebabkan suami saya terlebih rajin pulak untuk hal payung ni, saya pun ambil tahu sekali. Kami dah singgah banyak stesyen minyak di Batu Pahat, Johor Bahru dan dan sepanjang highway PLUS ke Shah Alam untuk tebus payung.  Jawapan mereka, ‘”out of stock, cari stesyen minyak lain yang ada…” Uiii ringkasnya…

Dah berminggu berlalu, sebenarnya dah naik malas pun. Entah tiba-tiba semalam suami saya singgah ke Petronas ‘lagi’ dan tanya dah ada ke payung tu. Gigih benor saya melihatnya..

Tapi bila saya tengok dari kejauhan tu (takdelah jauh sangat pun, dari tempat pam minyak je) ramai lagi yang nak tebus payung tu. Boleh buat rusuhan kiranya nihh.. hehe

Saya pun turun untuk mengambil tahu (aka mak jemahkan diri) sambil nak beli roti sama sebab lapar. Adalah seorang bapa ni dokong anak dia tanya kat tingkap kecik tu ada tak payung. Dengan mudah pekerja itu cakap, dah takde stok, entah bila ada dia tak tahu..

Si bapa tadi ni pun, turunkan anak dia sambil cakap, “payung tak adalah dik, nanti kita cari tempat lain, abah bagi adik bawak pergi sekolah ya”…

Geram pulak mak jemah jadinya kan.. Saya pun ke kaunter dan bertanyakan tentang payung tersebut (saje tanya lagi nak mulakan siasatan). Pekerja lain kat kaunter time tu masih sibuk lagi bagi kad tebus payung pada pelanggan-pelanggan yang lain.

Saya tanya jika sudah habis stok, kenapa masih teruskan promosi? Kenapa bagi lagi kad tebus tu pada orang? Maklumkan atau tidak pada pelanggan yang payung sudah tidak ada stok supaya mereka tahu?

Jawapannya…. mereka hanya ikut arahan. Grrrr..

Saya membebel sebaris dua ayat sebelum saya berlalu saya berkata, hentikanlah  dari terus menipu orang…(rasa bersalah pulak dalam kereta sebab mmg dorang ikut arahan aje pun).. hmmmm..

Pagi ini sifat jurnalis semakin memuncak, saya buka Facebook Petronas, medium paling mudah dan cepat untuk mendapatkan maklumat. Rupanya dah berlambak-lambak orang komen pasal payung ini kat facebook dorang. Merasa tertipu, hendak boikot dan bermacam-macam lagi, yang lucu dan agak over  pun ada. Tapi Petronas buat senyap aje, tak membalas apa-apa. Mana orang PR dorang nih….

pet

Saya pun tinggalkanlah pesanan di Facebook mereka, harapnya adalah jawapan dari mereka (nanti kalau ada saya update). Hari ini 5/9/2014 takde langsung respon lagi..

Bagi saya benda ni mudah tapi jangan diambil mudah. Buat promosi bagi payung edisi terhad tapi maklumkanlah berapa banyak terhad tu. Jika sudah tidak ada stok, buatlah sesuatu. Sama ada hentikan promosi, atau maklumkan bila stok baru akan tiba. Bukan dibuat diam sahaja.

Jika ada komen-komen dari pelanggan, jawablah. Jangan biarkan. Jika payung dah habis, tak perlu lagi bagi kad cop-cop tu. Kalau dah ada stok, baru mulakan balik. Jangan bagi orang harapan palsu, meskipun hanya sekaki payung. Nanti orang harapkan payung, payung makan hati..

Buat suamiku, kita isi minyak tempat lain ajelah ya, kad tu simpan buat tukun.. Payung belang-belang pun dah banyak dalam kete tu… hihi… wink!

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

16 Responses

  1. Shairul Anuar Kamsi says:

    Memang penipu…Kl…Selangor…n9…melaka..jb…saya Tanya semua Takde stok…Sekarang Depa tampal kat cermin…Payung tak ade stok..

  2. said says:

    Petronas memang pukimak menipu orang. Pasal payung diaorang sanggup beralih pada stesen minyak yg lain. Utk pengetahuan petronas bermula dari hari saya berjanji tidak akan menggunakan minyak petronas lagi. Ha… baru puas hati. Kpd yg lain harap BOIKOT PETRONAS.

  3. shahrul says:

    Memang betul..petronas menipu promosi…sy dh ada 10 keping kad utk tebus payung…satu bayang payung pun tkleh nak tebus.bila dh cukup cop tu..kaunter akan kata payung stok habis..boleh tebus d mana2 stesen…memang kita jadi mangsa penipuan yg mcm bangsat ni..

  4. kamarul says:

    memang payong bagi tak cukup pembekal hantar sikit saja depa saja nak buli customer

  5. ajak says:

    Haha aku pun tertipu, selagi x dpt tebus selagi tu aku x akan isi kat petronas, petron dan caltex pilihanku hehe

  6. rafrash says:

    Takkan Petronas tak boleh estimate berapa banyak payung mesti disediakan sebelum promosi dilancarkan. Kalau rasa tertekan lain kali jangan berjanji dan cuba lari. Sedikit masa lagi, Petronas akan bagi alasan promosi tamat tempoh dan payung tak boleh claim lagi.Sekiranya ini betul-betul berlaku saya berharap rakyat Malaysia akan boikot beli minyak Petronas. Ini sebagai pengajaran kepada Petronas yang tidak peka dengan pelangan mereka.

  7. MiZi says:

    Saya pun rasa tertipu gak, dalam hati ada geram, menyumpah Petronas dalam hati cukup-cukup. Bayangkan dari raya sampai sekarang tak ada stok, kalau nak tamat tempoh promosi tu lain la mungkin stok tak ada dah, ini lama lagi tempoh tuntutnya. Kecewa sangat sangat.

  8. payung says:

    Sebenarnya x blh nak salahkan 100% pd petronas shj. Sy dah ikut pengusaha ZUE stesen pump d seremban 2 selama seminggu mulai 01 sept hingga 06 sept, dia cakap orang x hantar payung. Blh percaya ke? Biasanya dlm seminggu payung mesti sampai. Dia mesti bagi dulu saudara dia, kawan & kenalan. Dia x amanah. Nak boikot, x blh, konon nak bantu produk negara. Ada sekali tu sembang staf, dia kata dia ada 5 kad yg x tembus lg. Dia bg kroninya. Sy dah lebih 40 x tanya, asik x ada. Saja keadaan buat mcm tu sbb nak tengok kerenah nak dpt payung, kadang2 boring juga. Mcm minta sedekah kat petronas utk dpt payung. Sepatutnya payung kena kad yg d keluarkan

  9. payung says:

    Buat payung ikut kad tebus tu. Duit habis asik call tanya payung, kalau x jawab, pergi pulak stesen pun x ada juga. X ada juga

  10. payung says:

    Petronas kena Cx penguasa stesen yg sembunyikan payung dan hanya beri kroni terutama 3 x stesen minyak di seremban 2

  11. Zahar Ahad says:

    Tarikh tutup 15/9/2014. Semalam kad tuntutan tu dah kena blok. Saya ada 3 kad dah lengkap. Hampeh pun tak dak… saya syor kepada semua kawan2 supaya kita bawa Petronas ke tribunal pengguna. Simpan kad anda untuk tujuan ini.

  12. payung says:

    Baru balik dr stesen pum petronas seremban 2 tanya pasal payung. Dia kata last hantar payung pd 22 ogos 14. Mana2 stesen pum kata, dlm seminggu dia akan terima stok payung. Td tanya, dah lama x terima. Betul ke tak terima ! Atau simpan stok? Petronas & pengusaha stesen minyak penipu. Budak2lah tipu.

  13. Imran Hadi says:

    Memalukan utk syarikat yg bsr spt Petronas..

  14. Andew chu says:

    Saya juga tertipu oleh petronas berkenaan dengan Payung. Banyak kali saya pergi , jawapan dari staff kaunter ” Baru habis, baru bagi last one , minggu depan ada”. Sudah muap dengar cakapan itu. Kalau Peronas tak ikhlas jangan buat promosi, menyusahkan orang……geram !

  15. Mitsuwira says:

    Hanya kerana sekaki ‘payung’ kita pulak yang nak kena tanya hari2 kat semua stesen Petronas stok dah ada ker belum. Jawapan yang diberi semua sama dan mengecewakan;
    Hanya kerana sekaki ‘payung’ pelanggan berasa kecewa, hilang kepercayaan, marah, rasa tertipu dan penat nak layan benda2 macam nie;
    Hanya kerana sekaki ‘payung’ aku pengguna setia minyak Petronas sejak tahun 1997 rasa nak boikot Petronas gie isi minyak kat tempat lain jer. FULL STOP!!! hahaha…

  16. zizan says:

    Kita BOIKOT Petronas atas penipuan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *