Pengguna Internet Lebih 1 Bilion

Asia Pasifik unggul lagi! Kali ini dari segi penggunaan Internet. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh ComScore iaitu syarikat penyelidikan pemasaran Internet, pengguna Internet telah melebihi 1 bilion orang secara global. Asia Pasifik sahaja memegang 41 peratus jumlah ini, sementara China merupakan populasi Internet terbesar di dunia.

Kedudukan tertinggi Asia Pasifik 41% diikuti dengan Eropah (28%), Amerika Utara (18%), Amerika Latin (7%) dan Timur Tengah & Afrika (5%). China mengatasi Amerika dengan jumlah pengguna Internet 180 juta iaitu 18%
jumlah keseluruhan pengguna. Ini diikuti Amerika 16.2%, Jepun 6%, Jerman 3.7% dan UK 3.6%.

Selain itu, Google pula dikatakan enjin carian paling popular dengan jumlah pengunjung sebanyak 777.9 juta orang. Ini diikuti laman web Microsoft (647.9 juta) dan Yahoo! (562.6 juta). Facebook.com turut mengalami peningkatan dramatik 127% (222 juta pengunjung) dan kini berada di kedudukan tertinggi rangkaian sosial popular di dunia.

Sumber: Comscore (klik link ini)

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *