Delima Kuning Berkhasiat Untuk Wanita Hamil

Semua makan delima, saya pun sama, nak juga mengamalkan makanan sunnah ni. Kata orang khasiat buah delima ni hanya terdapat pada sebutir sahaja isinya. Jadi kalau nak makan, jangan berkongsi dengan orang lain untuk pastikan kita dapat khasiat tu. Entah ya tidak, saya baca je apa apa yang orang tulis kat internet dan saya pun cerita kat sini.

Sama juga dengan kemusykilan saya tentang delima kuning. Saya tak ada ilmu tentang buah delima, jadi saya pun cari info kat internet. Puncanya hb beli buah delima ni kat pasar malam 4 biji -RM10. Saya bertanya pada hb kenapa agaknya kaler dia kuning, picit2 macam dah masak. Saya cuma pernah tengok delima merah dan hb pulak kata orang kat pasar malam cakap ini delima isi merah, dia pun beli ajelah asal nama delima.

Disebabkan kalernya masih kuning, saya mengandaikan delima ini belum cukup masak. Saya pun biarkan (konon peram) nak bagi masak dan tunggu warnanya bertukar merah. And you know what… dia tak tukar kaler pun, hehe..

Masuk 5 hari delima ni masih kaler kuning dan saya pun search beberapa blog. Ada yang cakap delima pada asalnya berwarna hijau, dan apabila masak ia bertukar warna ke warna kuning atau merah. Delima kuning/kuning kemerahan adalah jenis yang murah dan delima merah adalah lebih mahal dan susah nak dapat.. Ooo manalah mak tauu…

Saya pun tak tunggu lagi dan belahlah untuk merasa delima ni. Not bad, rasanya masam-masam manis. Layan juga sebutir-sebutir sampai habis. Tapi bijinya memang keras, so takde harapan nak gigit sekali ngan bijinya.

photo 1

Memang agak lambat nak habiskan semua butir delima ni. Tapi sambil layan tv, habis juga satu biji saya kerjakan. Misi seterusnya nak cari delima merah pula nak buat perbandingan atau mungkin kalau malas, beli pati delima ajelah kot kan senang 🙂

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *