Ani Nadila

| Rants On Malaysia’s IT & Multimedia

Tidak pernah penatkah?

Aku bukak paper pagi ni. Belum apa2 dah disuapkan dengan berita2 kemelut politik yang melanda Perak. Mulanya layan juga satu dua artikel, sekadar utk mengikuti perkembangan dan mengambil tahu hal yang sedang melanda negeri tersebut. Tetapi apabila dah sampai setengah akhbar tu cerita pasal benda yang sama, aku naik muak. Orang itu menghentam yang ini, ini menghentam yang sana, walhalnya ’sama sahaja’.

Aku bukanlah orang yang pandai politik, jauh lagi bijak dalam strategi dan percaturan politik yang dirangka oleh mana2 parti. Namun secara jelas dan logiknya, mata biasa ini dan hati kosong ini nampak bahawa semua parti, baik UMNO atau PR mengejar kejayaan parti msg2 meski dalam apa cara sekalipun.

Kalau UMNO melompat, PR pun melompat. Kalo PR melatah, UMNO pun ada juga melenting. Kalau UMNO tabur duit, bukankah PR ada juga jamu wang?? Macam itulah politik. Akhirnya terpulang pada rakyat untuk tentukan siapa yang lebih layak (walaupun layak seseorang itu juga kadangkala atas dasar pengaruh).

Benda ini tidak akan berakhir walau di Malaysia, atau di mana-mana jua seluruh pelusuk dunia. Namun, sebagai seorang warganegara, kita ada hak menentukan siapa pemimpin kita. Tentukan yang terbaik, yang boleh membimbing, baik dunia mahupun akhirat. Sebaik2 pemimpin adalah junjungan kita, Rasulullah S.A.W.

Namun, menyentuh bab kedaulatan Sultan2 yang agak tercabar dan tercalar akibat kemelut politik ini, rasanya ia tidak seharusnya berlaku. Lebih2 lagi oleh seorang pemimpin Melayu yang tahu akan kedaulatan Sultan dan adat orang Melayu. Kita perlukan pucuk pimpinan di atas yang boleh mempertahankan hal ini, sebelum ia diceroboh atau dibolosi.

Jangan membuka peluang untuk ia dipersoal, kerana kekecohan yang lebih dasyat lagi akan timbul. Kesultanan Melayu mempertahankan Melayu, mengusiknya seumpama mengusik keluarga kita sendiri, rasa sakit meskipun tidak terkena. Menjatuhkan Melayu demi politik, bukanlah tindakan yang wajar. Apa pun, yang berlaku sudah berlaku. Namun, ia masih boleh diberi kesudahan yang baik.

Tepuk dada, tanya hati!

(sekadar coretan peribadi yang tiada kena mengena dengan orang lain)

Leave a Reply

Click to Insert Smiley

SmileBig SmileGrinLaughLOLFrownBig FrownWinkKissRazzAngelAngryReally AngryConfusedNeutralThinkingChicCoolNerdSillyDrunken RazzMad RazzEvil GrinMeanPissed OffReally PissedCurseShoutGrit TeethCryWeepSide FrownWiltSmugDisdainRoll EyesSarcasmLoserTalk to the HandShyBeat UpPainShameBeautyBlushCuteLashesKissingKiss BlowKissedHeh!SmirkSnickerGiggleIn LoveDroolEek!ShockSickSuspenseTrembleDazedHypnotizedFoot in MouthMoney MouthQuietShut MouthDOH!IDKQuestionLyingStruggleSweatStopByeGo AwayWavingTime OutCall MeOn the PhoneMeetingSecretHandshakeHigh FiveHug LeftHug RightClapDanceJumpFingers CrossedVictoryYawnSleepyPrayWorshipWaitingAlienClownCowboyCyclopsDevilDoctorFemale FighterMale FighterMohawkMusicPartyPirateSkywalkerSnowmanSoldierGhostSkeletonEatStarvingVampireZombie KillerBunnyCatCat 2ChickChickenChicken 2CowCow 2DogDog 2DuckGoatHippoKoalaLionMonkeyMonkey 2MousePandaPigPig 2SheepSheep 2ReindeerSnailTigerTurtleFemaleMaleHeartBroken HeartRoseDead RosePeaceYin YangUS FlagMoonStarSunCloudyRainThunderUmbrellaRainbowMusic NoteYesNoAirplaneCarIslandAnnouncebrbBeerDrinkLiquorCakeCoffeePizzaWatermelonBowlPlateCanMailCellPhoneCameraFilmTVClockLampSearchCoinsComputerConsolePresentSoccerCloverPumpkinBombHammerKnifeHandcuffsPillPoopCigarette