Tumpah Darah Bersalin Sesuatu Yang Diharap Tidak Berulang

Saya fikir saya tak jumpa awak lagi…

Itu ayat pertama saya ucapkan pada hb bila dia masuk berjumpa saya selepas hampir satu jam saya bertarung nyawa akibat diserang demam panas dan jangkitan kuman pada paru-paru selepas melahirkan. Disebabkan saya juga tumpah darah, keadaan menjadi kritikal dan saya memang tak dapat nak kontrol badan yang menggigil teruk akibat daripada ini. Ini adalah pengalaman saya dan syukur Allah masih meminjamkan nyawa dan masa buat saya…

Saya tak pernah tahu tumpah darah tu macam mana, atau saya tak pernah terfikir utk mengetahuinya sepanjang saya mengandung. Ada orang kata tumpah darah boleh berlaku sebelum dan ada juga yang kesnya semasa atau selepas bersalin.

Apa yang saya tahu, dalam kes saya ini, saya melahirkan anak secara normal. Tetapi terlalu banyak luka dalam dan luar sewaktu proses bersalin menyebabkan saya banyak kehilangan darah (tumpah darah). Rahim juga tidak mengecut seperti sepatutnya, dan jahitan yang dibuat oleh doktor pun tidak dapat menampung luka yang berlaku dalam proses ini.

Saya yang baru lepas dijahit, dan menyusukan auni buat pertama kali tiba-tiba rasa pening. Saya cakap pada hb yang pandangan saya kabur dan saya rasa letih macam nak tidur. Lepas saya cakap sahaja tiba-tiba saya merasa sejuk yang amat sangat dan saya menggigil menggoncangkan habis seluruh katil, di luar kawalan.

Saya lihat doktor-doktor berpusu masuk, dan mereka menyuruh hb keluar. Saya memandang hb keluar dengan perasaan sayu sekali, tak dapat saya gambarkan bagaimana, memikirkan adakah ini ketikanya,, adakah hb akan besarkan auni sendirian.. Sungguh itu yang saya fikirkan….

Badan masih menggigil, doktor cuba bercakap dengan saya memastikan saya terus sedar. Jarum bersilih ganti menerjah kulit dan isi. Mereka pun tidak tahu kenapa saya begini. Ada yang meminta izin untuk ambil darah di kaki, masukkan ubat di lengan, saya cuba sedaya upaya membalas pertanyaan mereka. Harap dengan mata sahaja mereka tahu saya benarkan mereka lakukan apa sahaja yang terdaya. Sedang pada itu fikiran saya asyik memikirkan hb, memikirkan tentang apa yang saya belum ucapkan padanya, berfikir tentang apa yang saya tinggalkan, berfikir tentang dosa pahala yang telah dilakukan. Kalau inilah titik tolaknya, adakah aku bersedia.. Ya Allah… Saya menyebut nama Allah berulang kali sebelum saya tak sedarkan diri..

Saya sedar tak sedar sepanjang mereka cuba merawat saya. Entah siapa yang masuk dan keluar, entah apa yang mereka lakukan. Selepas hampir satu jam akhirnya saya tenang. Badan yang menggigil tadi telah dapat dikawal. Saya atur nafas satu persatu. Doktor kelihatan berbincang-bincang. Kemudian doktor yang menyambut kelahiran auni bertanya adakah saya rasa lebih baik, dan meminta saya berehat. Sempat doktor berkata pada saya, jangan jadi macam tadi lagi, semua doktor turun tengok awak. Kami letak awak di bilik depan ya untuk pemantauan setiap masa.. Saya angguk tanda setuju, dan sepanjang malam itu doktor dan nurse bersilih ganti datang, ambil tekanan darah, ambil darah untuk ujian, periksa tahap demam dan apa ntah lagi, mereka di bidang mereka tentu lebih mahir.

Apa yang saya tahu, Allah masih pinjamkan nyawa, masa, kesempatan buat saya… Allahuakbar.. Syukur Ya Allah..

Hb masuk dan airmata saya memang tak dapat diseka lagi. Saya pandang dia dalam-dalam dan kalau boleh macam-macam yang ingin saya nyatakan, tapi terluah dengan airmata sahaja pada waktu itu.

Suami yang bergenang airmatanya bila tengok kaki saya bengkak ketika mengandung (katanya tak sampai hati tengok saya sakit), adalah orang yang gagah berdiri sebelah saya waktu melahirkan auni. Saya selalu sangka dia tak kuat dan tak sanggup nak lihat saya bersalin. Tapi di situ dia, berdiri di sebelah saya, diusap kepala, dicium dahi saya, bisikkan kata-kata semangat, ingatkan saya terus istighfar dan menyebut kalimah-kalimah Allah.. Sehingga cahaya mata kami dilahirkan.. Diletakkan di atas badan. Tubuh kecil dengan matanya yang jelas kelihatan, seakan tepat memandang saya, memberitahu bahawa dia di sini…

Ya Allah.. Alhamdulillah.. Terima kasih atas anugerah ini…

Meskipun pada mulanya saya menolak untuk transfuse darah, tapi akhirnya nak taknak kena juga masuk darah sebab saya dah semakin pucat, dan dada mula berdebar2. Darah semakin kurang dan untuk tidak bahayakan nyawa doktor suggest ini dilakukan.

Oh ya, sepanjang ini juga saya x jumpa baby auni. Saya tanya hb untuk pastikan dia okay. Hb kata dia dah siap azankan, tahnikkan, tengok auni tido. Saya memohon pada Allah diberi kesembuhan dan kesihatan, agar dapat saya memegang, membelai, menjaga amanah Allah itu sebaiknya…

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

1 Response

  1. zie says:

    pengalaman yang berharga.Saya pernah juga melalui ni tmpah darah..
    Belum dapat berkongsi dengan pembaca blog.
    Rasa macam nak mati..
    Siap pesan kat suami jaga anak elok2.
    Carilah pengganti ibu yang terbaik buat mereka.
    Namun Alhamdulillah masih dibri kesempatan Allah untuk brnafas di muka bumi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *