Buah Tembikai Boleh Tambah Air Ketuban

Sedap pulak tengok anak jiran ni lalu makan tembikai. Mengimbau musim pentembikaian saya sepanjang mengandung lepas, giceww!

Salah satu sebab kenapa saya bersalin awal, tak ikut tarikh due adalah kerana air ketuban saya kurang. Sebab takut baby lemas takde air nak renang-renang, doktor induce untuk saya bersalin cepat sikit.

Sepanjang saya mengandung memang saya ada  masalah air ketuban. Mula-mula syak leaking sebab panties kadang basah. Tapi bila cek, tak pula kata doktor. Masalah jangkitan ada tapi doktor kata tak merbahaya dan dia bagi ubat. Settle.

Paras air ketuban yang normal atau okay menurut doktor adalah 8 ke atas. 12-13 kira cun lah. Masalahnya air ketuban saya sekejap 10, sekejap turun 8 (borderline), turun plak 7, kemudian naik balik. Macam tu sepanjang mengandung. 
Menurut doktor takde cara lain nak atasi masalah air ketuban ni kecuali rehat. Malah ada sesetengah doktor pula merasakan minum air pun tak main peranan sangat. Tapi takpe, yang penting kita usaha.

Bila first time dapat tahu air ketuban saya kurang, paras 7, memang sangat-sangat risau.

Doktor pula cakap yang saya kemungkinan perlu bersalin awal kalau air ketuban ni makin kurang.
Harap maklum kenyataan ini tak melegakan, malah semakin menakutkan. Sebab kandungan waktu itu belum cukup bulan pun lagi. 
Susah hati amat dan tak tau nak buat macam mana. Berjurai jugalah airmata sebab risau. 

Nak kata buat keje berat tak juga. Minum air pun macam biasa. Tapi saya akui, saya memang kurang rehat sikit minggu tu sebab banyak kerja di ofis. Bila doktor tanya mana air awak pergi. Wah doktor ni cuba buat kelaka. Lucu.
Ada orang cakap cuba minum air tembikai, air zam zam, air masak. Minum banyak air. 
Maka minggu tu diisytihar sebagai ‘ops air’. 
Sebagai usaha, saya beli tembikai, belah empat. Blend suku tu campur air sikit (takyah nak gula2 ya) untuk minum satu hari. Minum juga air zamzam dan air masak. Itu rutin saya setiap hari sepanjang minggu tu dan saya juga banyakkan berehat. Alhamdulillah dalam beberapa hari paras air ketuban yang 7 tu naik 12-13.

Jadi saya ulang minum air tembikai setiap hari dan air masak juga saya minum lebih 3 liter sehari (pernah juga sampai 6L tahap over). Biar nak terkencing selalu pun takpe, usaha.

Jadual minum air:
Bangun pagi – setengah botol mineral
Sebelum kerja – habiskan setengah lagi
Kerja – 3 liter
Petang – air tembikai satu jug
Sebelum tidur – air zam zam

Air ni adalah sebagai usaha kita. Apa pun kita mohon pada Allah berikan kita kesembuhan. Niat yang baik, fikir yang baik2. Ini antara doa yang selalu saya amalkan.

Ya Allah peliharalah anakku selama dia di dalam kandunganku. Sembuhkanlah segala penyakit, sesungguhnya tiada sembuhan melainkan dengan penawarMu..

Jangan cepat berputus asa, usahakan apa terdaya. Jika perlu minum, minum. Jika perlu rehat, maka rehatlah. Kalau boleh maintainkan minum air banyak-banyak ni sampai melahirkan. 
Tapi saya bila dah masuk 8 bulan, performance minum air masak sangat low. Sebab rasa loya pula bila minum. Hah makanya.. terakhir cek ketuban sebelum bersalin adalah pada paras bawah 7. Nak padankan muka sendiri pun tiada gunanya.
Pegi hospital. Induce. Bersalin.
Okaylah nak pegi cari biskut-biskut kat dapur. Cepat betul rasa lapar sekarang ni. 
Nak mintak mak makan tembikai, mau harapan untuk kena seligi lebih besar. Pantang-pantang nak makan buah sejuk. Huhi.. Takpe tembikai u wait for me.
Xoxo,
Nadiel

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *