Petua-Petua Ini Boleh Bantu Masalah Kuning Bayi

Risau sangat tengok baby kuning. Meskipun kuning atau Jaundis ni orang cakap benda common untuk baby sekarang, tapi itu tidak sedikit pun menyenangkan hati mana-mana ibu yang anaknya kena jaundis.

Auni jaundis sejak hari ketiga dilahirkan dan sehingga petang tadi, sudah lebih sebulan auni kuning. Sekejap kuning dia nampak kuat, sekejap kurang. Macam tu berulang.

Tapi alhamdulillah check up tadi, doktor kata auni dah tak kuning. Bacaan rendah dan tak perlu ulang pemeriksaan di hospital. Hanya buat check up biasa di klinik kesihatan. Lega!

Sayu tengok baby kena jemur bawah lampu

Sebenarnya saya cuba bermacam cara untuk kurangkan kuning pada auni. Jemur setiap pagi antara pukul 8-9 pagi, kemudian bagi makan itu ini.

Nurse kat kampung bising kalau kita jemur baby. Katanya sinaran matahari sekarang tidak elok untuk kulit bayi. Tu sebab saya pagi hari dah cepat-cepat jemur auni sebelum nurse datang rumah ngan moto merah dia tu. Kang kena sound time2 pantang ni susah. Emosi hakak sensitif, bhaha!

Nurse cakap satu-satunya cara untuk kurangkan kuning ialah dengan sentiasa susukan bayi. Jangan bagi tidur sangat supaya dia boleh banyak menyusu dan kencing. Hnmm

Seriously baby baru lahir memang banyak tidur. Saya kejut, kasi pusing, cucuk2 pipi, tak bangun pun dia. Jadi terpaksa juga memikirkan cara lain. Ini antaranya:

Okay first, makcik saya cakap bagi anggur hijau. Ok dia bukan doktor tapi dia dah buat kat cucu dia merangkap anak sepupu saya. 

Hakak try. Punya pandai sebat sampai tiga biji sekali bagi. Sudahnya malam tu menangis auni sebab kembung, sesal!

Rupanya cara terbaik nak bagi, dengan picitkan anggur tu pada sudu kecil. Selain senang kita nak pastikan semua jus tu masuk, kita juga boleh elak bagi keterlaluan perahan anggur tu pada baby. Sebiji sekali dah cukup. Lenyekkan dulu bagi jus dia banyak sikit.

Kemudian mak pulak tanya jiran-jiran (ahli mesyuarat tingkapnya) tentang petua nak hilangkan kuning. Mereka kata lumur dengan air timun (jap nak fikir, kuning tu sejenis demam, demam tu panas, lawan timun sejuk, hmm agaknyalah tu). 
Makanya..kami pun cuba jugalah. Setiap petang mak jerlum auni ngan air timun yang diparut halus. Pagi pula mak mandikan dengan ubat kuning seng-seh. Nampak kurang sikit kuning pada badan auni. Sejak tu mak panggil auni ‘budak timun’.
Pastu kawan-kawan pula cakap try bagi sengkuang cina. Parut sengkuang cina, ambil airnya dan bagi minum. Saya pun cuba. 
Tapi nak buat ni kena usaha lebih sikit ya. Lepas parut, tapis biasa tak menapis hampas sengkuang tu. Jadinya kami gunakan kain. Risau juga auni tersedak or gatal tekak sebab hampas tu. Nanti hampas menjadi hampeh lak kang. Lepas minum, kerap juga auni buang angin dan berak. Harap keluar semua kuning-kuning dari badan dia.
Ok dah banyak kan??

Hmm.. Kalau tanya saya mana satu cara yang berkesan? Saya pun x ada jawapan yang pasti. Sebab banyak percubaan dibuat pada masa yang sama.

Tinggal lagi dua benda je yang saya tak cuba, iaitu bagi minum air kelapa dan mandikan dengan pokok dokong anak (sumpah tak tau mcmana rupanya pokok ni).

Tapi apa yang saya notice, lepas disapukan dengan timun dan bagi minum sengkuang cina, nampak berkurangan kuning auni, especially kat mata (kat mata yang paling risau sekali). 
Hakak juga ada baca petua, untuk elak kuning sampai ke kepala, kita urut pelipis (antara mata dan kening) bayi sambil selawat 7 kali. Ini pun saya amalkan setiap hari.
Kuning boleh jadi sekejap boleh jadi lama (prolonged jaundice) dan dalam kes auni ni, kiranya prolonged jaundice sebab dah lebih dua minggu. Berulang jugalah ke klinik dan hospital amik darah untuk cek tahap kuning auni. 
Part tengok dia kena cucuk kat tumit dan tangan yang tak boleh tahan. Tapi apa pun kena kuatkan diri asalkan baby cepat baik.

 

Depan pintu ni ada kedai jual sweetcorn sedap

Ini dia Klinik Pakar 5 di Hospital Batu Pahat tempat auni checkup. Mula-mula bila disuruh ke sini, saya sangat confuse ingat doktor sebut pakar nemo. Nemo apakah??

Rupanya kena rujuk doktor di Pakar 5 (nemo-lima, konfius kan, haha). Pakar 5 untuk doktor paediatrik. Mereka segmenkan supaya senang orang nak cari. Tapi dah leganya auni dh tak perlu datang lagi, pheww!

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *