Hotel De Art, nice stop for ramadan

Minggu ini adalah minggu yang agak penat. Makanya aku melakukan weekend getaway. Destinasi Shah Alam.

Sebelum ada yang bertanya, dah kenapa aku yang duduk Shah Alam ni nak getaway di Shah Alam.

Jawapannya malas nak travel jauh-jauh. Dekat pun cukup, yang penting aku tak nampak kain dua ponjot yang belum lipat lagi kat rumah, haha!

Meskipun Shah Alam bukanlah destinasi getaway ternama seperti Kuala Lumpur atau tempat-tempat lainnya dalam negara. Tapi ada 10 reason kenapa anda perlu datang sini especially ketika Ramadan.

 

Hotel one stop

Seperti yang aku cakap tadi, tak perlu sebenarnya getaway jauh-jauh. Aku pilih Hotel De Art atas sebab lokasi hotel ni di tengah-tengah antara apa yang bakal aku buat dua hari ni. 

Lepas check-in hotel bertema pertama di Malaysia ni, aku bantai tido dulu sebelum beli berbuka. 

Lihatlah katil yang memanggil-manggilku.

Walaupun dua tingkat tapi ada lif. Tak perlu naik tangga.

IMG_2076.JPG

 

Kemewahan bazar Ramadan

Ya aku tahu bazar ramadan memang banyak. Tapi mana nak dapat bazar ramadan yang memang betul-betul bawah hotel.

Sebelum turun usha-usha dulu makcik jual tepung pelita, juga juadah lain yang bakal disambar sebentar lagi.

Seni appretiation

Huh subtajuk. Sambil baring-baring, nikmati kesenian Hotel De Art ni. Dah nama pun De Art, anda bolehlah expect seni hinggakan ke dekorasi toilet.

 Aku dapat bilik tema The Snotty Peacock. Jadi dekorasi dalam ni bertemakan burung merak. Aku nak bilik tema hutan. Tapi ada orang lain dah dapat, cais. Orang pilih bilik macam pilih menu kat sini.

Lihat bayi ini happy duduk dalam kerusi kepompong sambil berfikir tentang masa depan.

Bilik air untuk berdandan sebelum turun beli karipap.



Layan Wifi Percuma

Inilah masanya nak layan facebook atau whatsapp group yang tak terbalas hampir sebulan yang lalu.

  

Carilah sudut yang anda selesa. Aku tetap pilih aktiviti tido.


Beli kain kat Jakel

Bila bulan Ramadan ini, antara sebab orang ke Jalan Tar sebab nak beli baju melayu Aaron Aziz,  tahun ni Nabil Ahmad. Kalau nak tahu, Wisma Jakel terletaknya di Shah Alam. Nak pergi sana tak jauh pun dari De Art. Dalam 4 minit perjalanan.

Shopping tudung

Bagi para wanitaan, pasti tahu Shah Alam merupakan syurga butik pakaian dan hijab. Lokasinya di seksyen 7. Juga sekitar Jakel dan dekat sangat dengan De Art ni.

Jenama seperti Radiusite, Saidatulnisa, Pearl Haya, Atelia Amani, El Zahraa, banyak lagi ada kat sini. Kalau beli online tak boleh nak ramas-ramas fabrik tudung buat raya tu.


Tenung lampu di i-City

Datang Shah Alam kena pergi i-City. Pun sangatlah dekat dari De Art, kira-kira 3 minit. Datang waktu malam, untuk tengok lampu-lampu. Budak-budak  pasti amaze.

Aku bawa anak aku, tapi yang dia pandang hanya rumput tepi jalan, bhaha!



Shopping Gudang GM Klang

Ini satu lagi destinasi patut masuk dalam checklist bila datang Shah Alam. Kena drive sikit keluar Shah Alam. Tak jauh.

Konsepnya sama macam Kenanga City jika anda familiar. Tapi sini boleh datang secara drive santai. Macam-macam boleh beli. Paling heaven untuk ibuan seperti aku adalah baju anak.



Jusco Bukit Raja

Okay shopping juga lagi, Jusco Bukit Raja. Kira-kira 5 minit perjalanan dari De Art. Boleh shopping, makan-makan atau juga tengok wayang kat sini.

Aku hasrat nak tengok Chapter 3. Tapi ada baby kecik. Kang aku pulak yang buat chapter 4 dalam wayang.

Tapi dorang ni pandai ulang main lagu raya. Tercuit emosi tatkala dengar lagu Aishah ‘pulanglah’. Sampai tak sedar duit kau orang yang 1 juta tu dah habis shopping. Dia suruh pulang.

 

Sahur In Room

Bila dah penat, duit pun dah habis. Kembali semulalah ke hotel untuk istirehat dan makan free.

Sepanjang Ramadan ini, sahur disediakan. Full set sahur pengganti breakfast. Aku tengah menanti sahur ni. Nasi goreng special Hailam, mihun, western breakfast dan half boil egg. Aku dah cakap lom ini sahur, hihi.

  

 

Atau Lebih baik lagi dine-in di Hailam Kopitiam tu sendiri. Kot nak tambah roti bakar senang. Sahurlah kenyang-kenyang.

Enjoy. 

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *