Tajuk buku-buku ni boleh buat pitam

Kisahnya tadi aku ke MPH nak cari buku Keri Smith. Asik teringat aje buku tu sejak Irahazla tunjuk kat opis. Tengah aku belek-belek, just next to the motivational shelf is this book. Buku-buku gaya Indie yang menjadi keminatan ramai orang hari ni.

Rosmoh Perempuan Puaka. Terus amik gambar bagi kat kakak aku. Lols. 

Aku amik gambar ajelah. Di hati berpesan, mesti beli atau cari orang yang boleh belikan. Hanya nak tau apa isi dalam, so orang belikan adalah lebih baik.

Aku nak save duit nak beli buku Keri Smith. Taknak matlamat tersasar.

  
Ada beberapa tajuk buku-buku Indie ni buat aku tertarik nak membelinya. Sebahagian besar aku rasa patut pegi letak kat bahagian adults reading. 

Seronok. Raba. Bayangan dalam telanjang. Too much. 

Pitam.

But ada satu buku ni, i will actually buy. Soon. 

Cerita Hamka Kereta Mayat ni memang sempoi. Penulisan menarik. Easy reading. Aku sempat belek beberapa muka.

  
Disebabkan keculasan aku, aku tak amik gambar buku tu tadi. Boringlah cerita tanpa visual. Maka aku search kat internet covernya. 

Aku suka jenis kertas buku ni. Design wise pula as simple as black and white, tak ada masalah bagi aku. Nampak ada elemen kesempoian di situ. But every babak penceritaan ada mesej. Untuk mereka yang mahu berfikir. Itu yang buat aku nak beli. Tunggu.

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *